Carian

Apa yang ada?

Jul 9, 2015

Biskut Chips Rangup!



Assalamualaikum wbt.. :)

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah melalui sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan. Sepanjang tempoh tak berblogging, macam-macam perkara yang dilalui. Tak apa, itu cerita lain kali. Hari ni nak share resepi biskut campak-campak. Sebab main letak je segala bahan..

| 12.40 AM | Rabu | 8 Julai 2015 |

“Mak.. daripada akak tak boleh tidur malam, lepas tu tak buat apa-apa, boleh tak kalau akak nak buat biskut raya?” buat muka kesian minta keizinan mak. Bahan semua dah ada, tinggal nak buat je!

“Tak payah laa.. Nanti tak jadi biskutnya, bersepah dapur je..” mak masuk bilik untuk tidur.

Aku terkebil-kebil. Tak bolehlah ni ye? Okey.. tak apa, tak apa..

| 1.28 AM |

Masuk dapur sebab terbau harum semerbak durian. Rupa-rupanya adik yang sedap makan sorang-sorang.

“Amboi dik.. sedapnyaa.. Nak!” teruja. Dinihari yang sunyi, orang dah tidur, dua beradik ni melantak durian. Huhu..

Lepas habis dua biji, adik kata nak masak nasi goreng pulak. Dia ni memang sahur awal, malas nak bangun pukul 4 pagi katanya.

“Dik.. akak teringin sangat nak buat biskut. Teman akak boleh?” buat muka kesian dekat dia. Serius minta teman ni. Bukan aku takut nak buat biskut seorang diri, cuma agaklah pagi-pagi macam ni...

“Kau ni kan, bila dah sihat pelik-pelik benda yang nak dibuatnya.” Hafiz menjeling. Sambung memotong bawang.

“Pelik ke? Waktu sihat la kita kena manfaatkan.” Lepas tu aku terdiam berfikir. Hanya aku yang memahami.

Adik sibuk memasak, aku pun sibuk mulakan buat biskut. Resepi dinihari, BISKUT CHIPS RANGUP! :D

RESEPI BISKUT CHIPS RANGUP :











4 Cawan tepung gandum
½ Cawan tepung jagung
1 Cawan gula
1 Cawan gula merah/perang
1 Cawan mentega
1 Cawan minyak
1 biji telur ayam
1 Sudu besar susu pekat
1 Sudu kecil esen vanilla
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil garam
5 Sudu besar coklat chips
5 sudu besar kacang tanah (siap goreng+tumbuk kasar)


Cara penyediaan :

1)  Kacau sebati gula, gula merah, mentega, minyak, telur, susu, esen vanilla, backing powder dan garam. *Nak mudah dan cepat, guna mixer. Tapi disebabkan aku buat biskut ni tanpa pengetahuan mak, aku pukul rata guna senduk. Tak boleh bising-bising! Lama jugaklah nak tunggu sebati semua.. huhu



2)   Masukkan tepung gandum, tepung jagung, coklat chips dan kacang tanah. Gaul rata, pastikan tak berketul-ketul tepung tu.

3)   Dia akan jadi lembik-lembik sikit lepas selesai adunan. Tak terlalu keras dan berminyak. Lepas tu masukkan dalam microwave, dalam 15 minit siap. *Masa bergantung pada suhu oven jugak.

Senang kan? Memang terasa rangup! :p

| 4.10 AM |

Mak dah bangun untuk sediakan makanan sahur sekeluarga. Terkebil-kebil mak tengok aku yang tengah masukkan biskut dalam bekas.

“Hai mak..” buat muka tak bersalah.

“Jadi buat biskut?”

“Hehehehe..” sengih macam bagus!

Mak senyum je. Peninglah tu nak layan aku. Huhu..

Membulat mata bila tengok mak ambil satu biskut tu.

“Sedap..”

Alhamdulillah.. okey kot.. Tak adalah macam 3 tahun yang dulu, biskut keras macam batu! T.T

No comments:

Post a Comment