Assalamualaikum wbt.. Keif hal antum? Harap baik-baik saja hendakNya..
Perihal kehidupan. Bak kata pujangga, kehidupan ini ibarat sebuah roda. Terkadang kita selesa berada di atas, kadangkala kita berada di bawah. Begitu juga perihal iman. Adakalanya naik, adakalanya turun. Mustahil untuk kekal momentum ketinggian nilai iman. Bahkan mustahil kita nak biarkan iman kita jatuh merudum terus tersungkurrr. Jadi.. sebagai seorang musleh, pasti kita akan lakukan sesuatu untuk 'topup' amal kita.
Tetapi.. seringkali kita tergugah dengan ujian yang biasa. Masalah kewangan, masalah pengangkutan untuk bergerak, dimarahi oleh boss di tempat kerja. Perkara-perkara itu menggugat emosi diri, hingga terkadang tidak rasional mendominasikan antara kebaikan dan keburukan buat diri. Itu baru ujian biasa untuk orang yang biasa..
Bagaimana insan diluar sana yang lebih sukar, perit untuk memperjuangkan hidupnya. Ada juga yang nyawanya menjadi pertaruhan, bagai tiada nilai dipandangan manusia. Pelbagai serangan dilempar terhadapnya, dari segenap arah oleh musuh-musuh yang berdiam mahupun yang jelas mengancam. Penuh dengan intaian strategi.
Begitu mudahkah meniti ujian tersebut? Atau ianya sukar? Ini realiti kini, bukan hanya dongeng mahupun rekacipta dari fantasi. Bukan mudah meneutralkan pemikiran. Bukan mudah mendiamkan hati yang meronta dipersimpangan iman dan nafsu.
"Hati
dinamakan 'qalb' kerana sifatnya yang cepat berubah. Hati jugak
dianggap seperti bulu ayam tergantung di atas sebuah pokok, yang
dibolak-balikkan oleh angin sehingga atas terbalik ke bawah dan bahagian
bawah terbalik ke atas." (Hadis Riwayat Ahmad)
Maka.. insan yang punyai iman, kau tahu jalan yang kau sedang depani
ini semua dalam aturanNya. Setiap inci hidupmu dalam kekuasaanNya. Sesukar manapun mehnah buatmu, pasti ada nusrah dariNya. Mengapa biarkan hamasahmu jatuh menjunam? Mengapa gentar itu dibiar melingkari diri?
Firman Allah s.w.t : “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” [Surah Al-Baqarah : 153]
Yang hak, tidak pernah terkalahkan oleh kebatilan. Ini cara terbaik menzahirkan rasa. Jangan pilih keluhan.
No comments:
Post a Comment