Carian

Apa yang ada?

Mar 29, 2012

Perlu Ke?!



Nak buat pengakuan jujur.. Maaf sangat2..
Ini luahan hati orang yg kecewa, sakit mata, sakit telinga, sakit hati..
Ok.. baca, fahamkan dan tanamkan dalam hati baik2!

Awak, awak, awak, awak dan awak !
Perlu ke diluahkan rasa rindu pd si dia secara terbuka?
Perlu ke ber'sayang2' pada umum?
Perlu ke pegang erat tangan dia dengan alasan - tak sanggup nak lepaskan?
Perlu ke menangis sebab putusnya 'ikatan' dengan si dia?
Perlu ke jaja 'kebaikan' si dia di muka buku?
Perlu ke pertontonkan betapa 'sweetnya' hubungan kamu?
Perlu ke tayangkan pada khalayak betapa 'lovingnya' gambar couple kamu?
Perlu ke disebarkan pada dunia yg kamu ada dia?
PERLU KE?!
________________________________________________

Jawapannya : TAK PERLU !
Kerana..
Semasa kamu luahkan rasa rindu pada si dia, pernah tak terfikir berapa banyak kali dah kamu luahkan rindu pada DIA?
Semasa kamu memanggilnya dengan sayang, pernah tak kamu ingat bilakah kali terakhir kamu sebut dan seru namaNya?
Semasa kamu pegang erat tangan si dia kerana tak rela nak lepaskannya, pernah tak kamu sedar yg kamu dah putuskan ikatan yg tersimpul dengan DIA?
Semasa kamu menangis disebabkan terputusnya ikatan 'cinta' dengan dia, pernah tak kamu kira jumlah manik air mta penyesalanmu pada DIA?
Semasa kamu jaja kebaikan dia di muka buku, pernah tak kamu sedar tentang kebaikan, kekuasaan, rahmat, kasih sayang, barakah DIA yg telah melimpahkan nikmat buatmu?
Semasa kamu pertontonkan betapa indahnya hubungan kamu dengan dia, pernah tak kamu bayangkan betapa banyaknya totonan dosamu diakhirat kelak?
Semasa kamu tayangkan betapa mesranya gambar couple kamu, pernah tak kamu ambil tahu betapa lukanya DIA dengan aksimu?
Semasa kamu sebarkan pada dunia yg kamu ada dia, pernah tak kamu sedar kewujudan DIA dalam dirimu?

Semakin banyak pertanyaan, semakin banyak persoalan kan? Dan saya pun malas nak jawab semua tu.. Sebab.. jawapan tu ada pada kamu.. Betul tak? Tepuk dada, tanya imanmu, sahabat.. Ubah sebelum ianya menjadi duri dalam daging, beban bahu kirimu, pemberat dosa2mu.. Wallahua'lam~ ^^,

2 comments: