Carian

Apa yang ada?

Showing posts with label Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan. Show all posts

Sep 12, 2012

Yuza vs Helmetku !


Salam ‘alaiyk.. Ehem2! Nak dengar citer tak? Benda paling gila yg jadi tadi. Sampai boleh buat aku sakit! Esok aku nak saman diorang sebab buat aku teruk macam ni.. Penyakit terbaru : aku tak boleh stop senyummm!:D

Alkisah…
Tadi ken.. Lepas balik sekolah, macam biasa la kawan2 aku tunggu aku balik dulu. Port biasa, bawah pokok depan sekolah. Bila Yuza dah tak ada kerja, dia amik helmet aku, pakai dan buat gaya minah rempit. Siyez! Tak sesuai langsung! Lawak gila..hahaha.. Dan, dengan selamba kawan2 aku ajak dia amik basikal diorang dekat depan pagar sekolah. Dia tak bukak helmet tu! Jalan menonong jek.. Aku, Ecah dengan Ririn je yg tak ikut sebab nak tengok aksi diorang dari jauh. Hehe..

Bila sampai depan basikal, Yuza pon nak naik basikal tu dengan helmet besar atas kepala. Pastu kena tegur dengan ustaz. Ustaz kata, “Naik basikal pakai helmet? Bagus2..” hahaha.. Dgn muka malunya dia bukak helmet tu. Tapi kejap je.. Lepas ustaz dah pergi, Gee nak pakaikan balik helmet tu. Kitorang yang pandang dari jauh ni dah gelak sakan.

Tiba2 Ecah cakap, “Wei2.. Ustaz H dekat atas!”                              
Cuak betul time tu. Lipat maut kepala aku pandang ustaz dekat tingkat 3 sekolah. Mana taknya, ustaz tu merangkap guru disiplin beb! Nini dengan Gee yang kat bawah, acah2 nak pakaikan helmet dekat kepala Yuza. Diorang tak nampak ustaz! Huaaa.. Cari nahas!

Aku pun dengan kalutnya lambai2 diorang. Mulut aku gerak2 cakap ‘jangan’! Maksud aku, jangan buat kerja gila tu! Tapi.. Gee pulak dengan suka hatinya buat thumbs up dekat aku. Huahuahua! Adoyai.. Tak paham rupanya.. Buat penat je aku lambai2. Dia ingat aku suka diorang buat mcm tu..hahaha.. Padahal aku rasa nak melompat. Yelah, ingat tak cuak ke kalau ustaz marah? Kitorang ni dahlah perempuan. Cer malu sikit…

Pastu dah settle pakai helmet, Yuza terus ‘memandu’ basikal dia pergi dekat tempat aku, Ririn and Ecah berdiri. Gaya dia, pergh! Kalah Zulfahmi pelumba motogp tu.. Hahaha.. Ketawa terbahak2 la kitorang jawabnya. Tapi aku takut jugak time tu. Sebab ustaz tengah tengok aksi sebabak kitorang. Nanti tak pasal2 ustaz panggil, naya kott!

Tapi ustaz tahan senyum je! Waa.. Sah sebenarnya dia pening tengok kitorang! Form 4 yg tak pernah nak betul kalau berkumpul. Bila ustaz mengajar, pijak semut pun tak pengsan2. Sopan, khusyuk and tawadhuk sungguh! Dalam mulut pun macam ada harta bergunung. Kalau nak bertanya tu, gamaknya kena pikir berkali-kali. Kih3..

Selama ni aku malu la jugak kalau buat benda luar alam cenggini. Maklumlah... Nama pun muslimah! Entah kenapa tadi boleh pulak aksi tu ditayangkan dekat depan budak kecik macam aku ni. Tak patut langsung!
Actually cerita ni tak gempak mana pon kan? Tapi disebabkan ke'gila'an diorang, aku TERjoin sekaki gelak sakan. Astarghfirullah al-azim.. Bahaya ken kalau over sangat camni? Tak sudah2 kitorang gelak. Hahaha.. Kenangan ni aku akan ingat sampai bila2. Walaupon time tu malu sesangat, tapi aku tetap tak boleh tahan gelak. Diorang ni selamba habis!

*Thanks nini, ririn, ecah, yuza, gee sebab buat aku gila tahap gama... Hua3! Sayang korang! >_<
Moralnya : Pakailah topi keledar ketika menunggang basikal, motorsikal, kakisikal. Biar berat asal selamat! Tak gitu Yuza? Hahaha..

Apr 18, 2012

Allah, Jagakan Dia

Masa telah dikorbankan, demi rasa rindu yg tak henti..
Allah.. Sukarnya mujahadah ini..
Allah.. Sakitnyanya rasa ini..
Allah.. Peritnya jiwa ini..
Ceceh, minah jiwang dah masuk line.. Parah ni!

Sebenarnya nak citer, takdelah gempak mana..
Tapi agak gempaklah bagi budak jiwang ni..
Mcm mana nak citer ye?
Ok, fuhhhhh! Cari kekuatan dulu..
Saya nak menunjukkan  sesuatu ni..
Nak tau apa? Jawapannya, SAYA BANGGA!
Ada kepoyosan tak kat situ? : )

Sebenarnya bukan bangga tu yg saya nak tunjuk..
Tapi bangga sebab ni :
Ketenangan itu..
Senyuman itu..
Sabar itu..
Amanah itu..
Kekuatan itu..
Sandaran itu..

Sentiasa ada.. Menemani hati, membenteng marah, menghalang duka, merasa sepi.. 
Saat rindu membisik, melanda hati, mengharu-birukan fikiran, meracuni jiwa..
Bila ‘pengacau2’ tu dtg, Alhamdulillah..
Allah hadirkan rasa tu..
Ketenangan, kedamaian saat menyeru namaNya..

Bila rasa rindu tu memudaratkan, mestilah cegah kan?
Kalau tak, nak buat kerja pun tak senang..
Sebab hati sakit, sakit rindu..huhu.. Parah ni!
Cuba korang try test, bila rindukan someone, seru namaNya..
SubhanAllah! Boleh meleleh air mata kot..

Tapi! Kalau rindu dekat yg bukan muhrim,
Tak payahlah wei.. Membazir je..
Baik ambil air wuduk, istighfar byk2..huhu..
Betul! Citer ni bukannya gebang pon..
Saya share citer pelik ni sebab saya rindu dia,dia,dia x100 !
Ramai sgt ke? Rasanya belum lagi..huhu..

Baiklah, tamat dah post yg ringkas ni.. Ingat ye! Kalau rindukan sahabat, seru namaNya! Confirm menangis (mcm akulah kot..huhu). Bukan sebab apa pun, cuma disebabkan saya bangga dgn ketenangan tu.. Kalau org yg baca post merepek saya ni, mesti berkerut dahi kan? Sebabnya, anda tak rasa apa yg saya rasa sekarang ni.. Hanya Dia yg tau.. Baiklah, selamat mencuba! :’)

" Tuhan jagakan dia..
Dia kekasihku kan tetap milikku..
Aku sungguh mencintai..
Sungguh menyayangi setulus hatiku.."



-- > Antunna!
Saat tiada lagi waktu  utk diri ini luangkan buatmu,
Seiring melangkah bersamamu,
Diri ini masih ada jari, tangan yg akan terbuka,
Memohon dengan kehinaan dan rasa malu,
Kerana sering meminta tanpa jemu padaNya..
Kerana hanya itu, bukti tautan buat dirimu..
Kerana dengan cara itu, aku mohon..
Allah.. jagakan dia buat diriku..
Maaf, izinkan rasa ni bertapak dihati.. Sebab tak mampu nak halang rasa ni.. Rasa yg menjadi penguat, langkah seorang mujahadah,pejuang masa hadapan, yg dahagakan kasihNya.. Uhibbukunna Fillah!
Tuhan, jagakan dia…. :’)

*Dahlah tu, tak elok membazir air mata tu.. Simpan utk esok pulak.. :’(

Mar 5, 2012

Seperti Dulu

Memori semalam, dalam ingatan


Bermula di sini,
Aku menemui,
Aku mengenalimu,
Bahgia bersamamu..

Kau sering peduli,
Kau juga menemani,
Tikaku bersendiri,
Engkau sentiasa di sisi..

Pabila kau tiada,
Aku resah gelisah,
Itu yang ku mahu,
Engkau tahu..

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu..

Engkau menyenangi,
Engkau memahami,
Senyuman di bibirmu,
Mengukir senyumanku..

Kau sering teguri,
Kau juga nasihati,
Tikaku melupai,
Lupai diri sendiri..

Pabila kau tiada,
Aku resah gelisah,
Itu yang ku mahu,
Engkau tahu..

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu..

Walau kita berbeza pandangan,
Namun ia tidak akan menghalang,
Persahabatan kita yang dibina sekian lama,
Agar tetap teguh seperti dulu..

Sahabatku, ku rinduimu,
Namun setiap pertemuan ada perpisahan,
Dan harapanku, agar persahabatan yang dibina,
Masih seperti dulu..