Carian

Apa yang ada?

Oct 31, 2013

Air Bisloren Hanan :)

“Acik.. buatkan Hanan air milo boleh?” soal si kecil polos bila aku keluar daripada bilik. Tangan comelnya sedang menyusun biskut kering di dalam pinggan.

Berkerut dahi aku melihat perbuatannya. “Hanan nak buat apa?”

“Nak makan biskut dengan milolah.. Acik buatkan boleh?” sekali lagi dia bertanya dengan muka cute yang tak boleh blah. hehe.

“Tak nak. Hanan buatlah sendiri.” Ujarku dengan niat mengusik.

Berubah terus muka dia. Marahlah tu.. “Tak nak kawan acik!!” tempiknya yang buatkan aku gelak jahat. Hoho.

Tak lama lepas aku terleka di dapur, aku pun pergilah jenguk apa yang Hanan buat. Sebab senyap semacam. Budak kecik bila senyap je mesti ada something kan? Haaa..

Sampai saja di ruang tengah, bukan kepalang terkejutnya aku tengok dia membancuh air milo. Fuyoohh!

                

“Hanan! Buat apa ni?”

“Buat air milolah..” jawabnya selamba sambil membancuh air milo dengan penuh semangat. Ternganga aku dibuatnya. 

Aku periksa atas meja. Tak ada air yang tumpah. Biar betul budak kecik ni buat air?!
Dengan semangatnya aku rasa air milo tu. Tawar. hehe.

“Acik, bukakan..” 

Lepas tu, dia pujuk pulak aku supaya bukakan penutup botol air oren. Haish..

“Nak buat apa pulak ni? Hanan nak minum ke?”

Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil tersengih nakal.

“Tak.. Hanan nak main-main.” Wah! Jujur.

Untuk menambah ‘kaw’ air milo tersebut, air oren pun dituang ke dalam jug.

                   

Punyalah bahagia dia ni kan? Hehe.. Akhir sekali, biskut-biskut pun dimasukkan sekali ke dalam jug. Jadilah air bisloren (biskut+milo+oren)! Heee… 


Tetapi akhirnya, ruang tengah banjir dengan air bisloren yang tumpah akibat dilanggar lari oleh kucing ganas. Aduhai... sadis. haha..

Apapun, sempena hampir nak exam ni acik harap Hanan teruskanlah dengan idea-idea baru untuk buat acik semakin menggila. Sangat cute budak ini! hehe..

No comments:

Post a Comment