Carian

Apa yang ada?

May 6, 2012

Cerpen : Rahsia Perantara

 “Aimy Shafiyyah! Tunggu!”

Laungan dari arah belakang itu membuatkan langkah kaki Aimy terhenti. Terbantut niatnya untuk menghantar kedatangan pelajar di pejabat, menggantikan tugas Izzah yg tidak hadir ke sekolah.

Saat dia berpaling, wajahnya berubah riak. Aslam yg termengah-mengah berlari dari arah Taman Sains hanya dipandang sekilas sebelum meneruskan langkah. Sekelilingnya dipandang. Tiada sesiapa. Ini membuatkan Aimy bertambah takut dan risau. Langkah dipercepat. Dia mula berlari-lari anak.

“Fuh! Lajunya enti jalan. Macam tak cukup kaki!” 

Aimy hanya mendiamkan diri, menstabilkan hatinya. Masih berjalan seperti tadi.

“Kenapa enti senyap? Marah pada ana ke? Enti ni sombong laaa… Cubalah senyum sikit. Ana tak pernah tengok enti senyum. Mesti manis kan? Bukannya ada sesiapa pun yg membuatkan enti nak malu pada ana.” Aslam tersengih, menunjukkan barisan giginya yg tersusun rapi. Kopiah di kepalanya diperbetulkan, menjaga imej dihadapan Aimy.

“Biadap sungguh enta ni! Adakah enta tidak takut pada Allah?! Takutlah pada Dia!” Aimy lantang bersuara. Aslam tersengih kelat. Terkedu! Tidak pernah dia melihat Aimy yg selama ini pendiam dan tampak sopan, memarahi orang.

“Tak usahlah marah-marah.. Ana.. ana cuma nak sebarkan salam. Takkan tak sudi? Allah kan menggalakkan kita bersilaturrahim… Demi Allah! Ana ikhlas terhadap enti. Biarlah hubungan kita diredhai dengan berkatnya.” Modal itu digunakan. Aslam berdehem seketika. Menunggu reaksi Aimy.

“Tak bermaruah! Tolonglah ye saudara, ana rasa dihina dengan kata-kata tu. Jangan permainkan nama Allah dengan perkara macam ni! Sebarkan salam? Baik…., kirim salam jelah dengan kata-kata tu..!” Serasa ingin menangis. Sabar Aimy, sabar! Dia tak faham Bahasa Melayu agaknya…

Tiba-tiba ada yg menegur dari arah belakang.

“Aslam.. Kenapa ni?”

Bahu Aslam ditepuk perlahan oleh Fattah. Aimy tidak menunggu lebih lama. Terus menghilangkan diri. Hatinya sakit.

“Err.. tak.. tak ada apa-apa pun. Bila kau sampai sini?” Tergagap-gagap Aslam menjawab.

‘Alamak.. bila pulak exco bimbingan dan kaunseling ni dekat sini? Habislah aku kena ceramah lepas ni. Kurang ajar betul!’ Hatinya mencemuh.

“Hmm. Tak lama pun. Ada masa lapang tak? Jom ikut aku kejap.” Teratur Fattah mengeluarkan kata-kata. Wajahnya penuh dengan ketenangan.

“Err.. aku ada hal, tak boleh ikut kau. Maaf ye. Aku pergi dulu..” Aslam mula melangkah. Peluh sudah membasahi dahinya.

“Aslam.. aku cuma nak ingatkan, hormati muslimat. Kalau kau sayang Allah, jangan buat macam tu lagi.” Fattah tersenyum. Ikhlas, tiada nada perlian.

Aslam yg mendengar sudah sesak nafasnya. ‘Cis! Tunjuk alimlah tu. Bajet gentle kau ye. Ni mesti kau pun minat dekat Aimy. Siaplah kau!’ Syaitan mula menghasut hati Aslam. Fattah berjalan melintasi Aslam sambil tunduk tanda menghormati.

***
“Esok kita ada class Ustazah Hanum kan? Semakin sibuk kita sekarang ni nak mengejar waktu.” Suara Aimy yg perlahan itu memecah kesunyian meja yg didudukinya bersama Izzah.

Dia risau apabila memikirkan bahawa tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan besar, iaitu SPM. Jari Aimy pantas berlari di atas buku nota Syariah. Kadangkala hujung pen dimain-mainkan pada meja yg berada di perpustakaan sekolah itu. Mengingati ayat yg perlu dicatat didalam notanya.

“A’ah.. Hari sabtu pun ada kelas tambahan. Semakin banyaklah masa aku dengan family aku di curi. Tak bestlah macam ni!” Izzah sengaja membuat muka bosannya. Dia dapat mengagak apa yg Aimy akan perkatakan senbentar lagi. Sengaja ingin mendengar bebelan sahabatnya itu. Kerana dia mula bosan mentelaah buku tanpa berbicara selama hampir 1 jam lepas.

“Ehem! Pandai dah nak mengeluh ye? Sekeh kang… Nak?” Mata dijegilkan.

“Blablablabla.. Membebel je minah ni.. bosann..” Bibir Izzah terjuih-juih. Buku Syariah ditutup rapat. Peralatan yg digunakan dikemas.

“Amboi! Lebih ye cik kak kita ni… Hei dear! Setiap perkara yg dilakukan dengan niat yg baik, natijahnya seindah usaha. Usaha tu pun bukan semata-mata belajar, menghafal berbuku-buku. Tapi, selaras ibadah dan pengabdian pada Allah. Tak lupa juga, macam mana kita amanah dengan masa. Masa ni tanggungjawab kita. Setiap saat yg berlalu, akan dipersoalkan kelak.

Ikhlaskanlah hati, perbetulkanlah niat. Innama a’malu binniat! Sesungguhnya sesuatu perbuatan itu dimulakan dengan niat. Ingat kan tentang penghijrahan sahabat Rasulullah tu? Berhijrah semata-mata ingin berkahwin. Perkara tu tak salah, tetapi keikhlasan berhijrah tu dah lari dari objektif penghijrahan. Dalam situasi kita sekarang ni, kalau niat semata-mata nak dapat A, sama-samalah kita muhasabah diri.

Khuatir kelak apabila Allah gagalkan kita, kita lupa hakikat kejayaan yg Allah hendak tu bukannya natijah yg akan melalaikan, tetapi mujahadah usaha yg kita lakukan. Pokok pangkalnya, niat kita belajar sekarang, bukan semata-mata nak exam. Tapi lillahita’ala.. Ilmu Allah tu sangat luas untuk kita dalami..” Mata Izzah yg bulat direnung dalam. Ingin memberi keyakinan.

“Hmm.. ni baru seronok, dapat ilmu tambahan yg free. Tak payah bayar pun kan? Aku sengajalah nak suruh kau membebel, tak adalah bosan sangat. Terima kasih ye Ustazah Aimy Shafiyyah. Hehehe..” Sengihan nakal Izzah membuatkan kening Aimy bertaut. Beberapa saat, baru dia memahami tujuan Izzah yg sebenarnya.

“ Nurul Izzah…!” Suara Aimy yg lantang itu mengejutkan pelajar yg berada didalam perpustakaan.
Suasana mula riuh. Ada yg tersengih-sengih melihat wajah Aimy yg sudah kemerah-merahan. Ada juga yg menggelengkan kepala. Pelajar muslimin hanya memandang sekilas.

“Err.. err.. Maaf ye semua.” Kepala ditundukkan. Izzah ketawa perlahan. Lucu memandang reaksi Aimy yg kelihatan malu-malu itu.

“Nanti kau!” Mata dicerlung memandang Izzah. Hanya ketawa yg menjadi balasan. Aimy lantas tersenyum. Malas hendak melayan Izzah yg banyak ragamnya.

***
Sedang khusyuk memahami dan menghafaz karangan Bahasa Arab, bunyi ketukan pintu kamarnya kedengaran. Wajah kakak sulungnya merangkap kakak tunggalnya, Aisy Shakeela terjegul dibalik pintu.

“Assalamualaikum dik!” Senyuman comelnya dilemparkan.

“Waalaikumussalam sis! Sini, tak payah nak buat muka mintak penampar tu dekat Fi..”

“Amboi! Garangnyaaaa.. Busy lagi ke? Tak kan dah habis exam pun nak study lagi?hihihi..” Senyuman Shakeela makin lebar melihat wajah mencuka adiknya.

“Kak.. Tak baik tau! Itu exam mid year je la. Suka-suka dia je nak kenakan orang.” Aimy menarik muka. Sengaja. Shakeela menghampiri dan duduk bersama Aimy, di birai katil.

“Alhamdulillah, oklah tu. Rajinnya dia ni. Lepas ni boleh tolong buat tesis akak.. Kan3?”

“Akak!” Gelak ketawa memenuhi ruang kamar Aimy. Shakeela semakin asyik mengusik adiknya yg bongsu itu. 

Dia hanya mempunyai 2 orang adik, Ammar Sufyan dan Aimy Shafiyyah. Tetapi, dia lebih akrab dengan 
Aimy berbanding Ammar, lelaki tunggal dalam keluarganya.

Sifat ceria dan peramah Ammar semakin hilang sejak pemergian ayah mereka, yg amat kaya dengan nasihat dan ilmu. Ammar pernah bercita-cita, ingin mengikut jejak ayahnya, menubuhkan gerakan dakwah, membina ummah berjiwa khalifah!

Kini, Ammar lebih gemar menyendiri. Sikapnya itu semakin sukar difahami lebih-lebih lagi apabila dia sudah kerap pulang hingga ke lewat malam.

“Akak, akak! Sampai mana tu? Jauhnya termenung. Penat Fi membebel dekat sebelah, dia buat tak tau je.” Shakeela tersentak. Wajah tanda tanya adiknya direnung. Nafas dihela.

“Fi… Akak rindu Ammar..” Tiba-tiba, perkataan itu yg terpacul tanpa sedar. Sungguh! Dia merindui adiknya yg kuat mengusik itu.

“Kak, Fi pun rindu abg.. Kita perlu cari jalan untuk selamatkan abg. Fi tak suka tengok abg yg sekarang. Tapi, itu adalah satu ujian dari Allah untuk kita. Kita perlu sedar tanggungjawab tu kak. Tanggungjawab utk menarik hati abg berpaling pada Allah semula. Kita yg paling dekat dan rapat dengan dia. Kita tak boleh nak biar je. Fi tak sanggup…”

“Akak pun tak sanggup tengok Ammar yg sekarang. Tak ada hala tuju, tak setenang dulu. Tapi, akak tak mampu Fi.”

“Kalau nak diikutkan, Fi pun tak mampu kak. Kemampuan Fi terbatas disebabkan title adik yg Fi sandang! Fi dianggap macam adik yg tak ada hak langsung untuk menegur. Dimana kemampuan yg akak mahukan tu kalau bukan dari hati, iman yg kuat demi menegakkan kalam Allah, membenarkan kata-katanya? Arwah ayah dulu pesan, insan yg hebat adalah yg memberi tika dia sendiri sedang meminta. Akak faham kan maksud ayah tu?
Fi yg ‘budak kecik’ ni pun faham, takkan akak nak mengalah sebelum mencuba? Abg tu aset kita, harta berharga kita, wali kita, pelindung kita selepas ayah! Sanggup ke akak tengok abg hancur depan mata kita tanpa bantuan, sokongan dari kita yg bergelar keluarga ni? Fi pun tak sanggup tengok ibu nasihat abg. Bukan disebabkan melantunnya suara ibu, tapi disebabkan nyaringnya balasan suara yg akan membalas kata-kata ibu. Kak, bangunkanlah semangat akak tu..”

Terpanar! Rintihan Aimy mengoyak hatinya. Rupa-rupanya disebalik ketenangan wajah ibu dan Aimy, ada rahsia tersembunyi. Ada duka bertapak dihati. Cuma dia yg tidak tahu.

“Astaghfirullah.. Maafkan akak Fi! Betul apa yg Fi cakap tu. Akak ni, lantang bersuara menegakkan agama, menyuruh orang mengamalkan konsep ‘amar makruf nahi mungkar’. Tapi akak lupa, akak tak sedar yg akak ada adik lelaki yg perlukan kekuatan, bimbingan, dorongan saat jatuhnya dia. Akak terlalu sibuk dengan hal luar, hingga tak sedar yg keluarga akak sendiri perlukan akak. Ya Allah, terima kasih atas tamparan kata-kata adikku ini.”

Tubuh Aimy dipeluk erat. Air mata merembes keluar tanpa mampu ditahan. Dia seorang mahasiswi yg lantang bersuara, berhujah menegakkan kebenaran, mencuba membanteras kemungkaran, tetapi dia sendiri rasa tidak mampu untuk menarik hati adiknya sendiri. Kata-kata penyesalan mula terbit di hati.

“Akak.. Dahlah tu. Fi bertambah sedih bila tengok akak menangis macam ni. Allah itu Maha Berkuasa kak. Selama ni, Fi cuma mampu berdoa, berdoa memohon kesedaran buat abg. Sebab Fi tau, dan dah cuba untuk nasihatkan abg. Tapi, abg cakap Fi ni cuma budak, tak layak nak nasihatkan dia.”

Air mata mengalir deras, membasahi bahu Shakeela. Mereka terus menangis, meluah isi hati yg terpendam, mencari cara untuk menegur Ammar. Tanpa mereka sedar, Puan Salina terduduk menahan sendu disebalik pintu. Terharu melihat kesepakatan dan kasih sayang yg tak pernah putus antara kedua-duanya.

‘Abg.. Inilah anak-anakmu, yg kita besarkan dengan acuan sunnah dan kalamullah, yg kita didik hatinya dengan keimanan, yg kita bentengkan dirinya dengan malu. Inilah permata kita, anugerah Ilahi yg semakin matang menghadapi ujianNya.’ Bisikan itu hanya terluah didalam hati. Hanya Dia yg memahami perasaan seorang ibu tatkala ini.

***
Lagu nasyid nyanyian Dehearty yg berjudul Wanita mengejutkan Aimy yg sedang mengulangkaji pelajaran. Skrin telefon bimbit ditatap sekilas. Dahinya berkerut, penuh dengan tanda tanya. ‘Siapa yg call malam-malam ni? Nak jawab ke tak nak? Kalau urgent, susah pulak nanti..’ Ragu-ragu Aimy menjawab panggilan telefonnya.

“Waalaikumussalam. Ye, siapa ni?” Suara Aimy mula berubah rentak. Risau. Suara dihujung talian kedengaran garau dan serak.

“Aimy… Ni Aslam lah.. Enti tak kenal suara ana?” Aslam tergelak-gelak perlahan.

‘Astargfirullah.. biadap!’ Talian dimatikan. Selang beberapa saat, telefon bimbitnya gelap.

“Macam mana dia boleh dapat nombor aku ni..? Rasa nak buat cili giling je mamat ni.. Ish! Astarghfirullah.. ya Allah, sabarlah hati.. jangan marah-marah!” Aimy bercakap seorang diri.

Bunyi derapan kaki dihadapan bilik membuatkan Aimy menoleh ke arah pintu biliknya. Wajah diraup. Kaki mula melangkah ke arah pintu. Ingin mengetahui siapa yg melintasi biliknya pada waktu begini. Tombol dipulas. Kelihatan seorang lelaki menuruni tangga.

“Abg Ammar…” Berani dia bersuara. Membuatkan pemiliknya berpaling.

“Kau pehal?!” Ammar mendengus. Rambutnya diramas kasar.

“Tak.. tak.. tak ada apa-apa. Abg nak pergi mana pagi-pagi ni?” Dalam tergagap-gagap bersuara, dia memberanikan diri untuk bertanya. Hairan melihat abangnya yg ringkas berbaju biru dan berseluar jeans hitam. Di tangannya terdapat topi keledar. Lain sungguh penampilan abangnya berbanding 2 tahun lalu.

“Yg kau sibuk dengan hal aku ni kenapa?!” Aimy didekati. Jarak mereka hanya beberapa inci.

“Baik kau tidur lagi bagus daripada kacau hidup aku! Dah banyak kali aku ingatkan. Kau tu budak kecik, jangan nak kacau hidup aku boleh tak? Aku benci!” Matanya merah, merenung tajam. Terlihat api kemarahan dan kebencian. Aimy terkedu. Lidahnya kelu.

“Kalau aku dapat tau yg kau mengadu dekat ibu yg aku keluar pagi-pagi ni, siap kau aku kerjakan! Faham tak?!” Suara itu menggertak perlahan. Lebih kepada berbisik. Mungkin risau jika kakak dan ibu terdengar kata-katanya.

“Fa.. faham..” Aimy mengangguk ketakutan melihat wajah bengis Ammar.

Matanya berkaca-kaca. Sebak. ‘Allah.. tolong aku.. tarik hatinya ya Allah..’ Langkah kaki Ammar hanya mampu dipandang. Bunyi pintu dihempas kuat menyapa  pendengarannya. Dengan pantas dia melangkah semula ke dalam bilik, ingin mengambil wuduk, menenangkan hati. Mengadu pada yg Esa…

***
Pelajar-pelajar yg berada di Hotel Armada diperhati. Sesak! Pelajar sudah mula memenuhi kerusi yg disediakan, kerana majlis akan bermula pada bila-bila masa. Aimy tertoleh-toleh, mencari sahabatnya yg menguruskan segala pelancaran Hari Graduasi dan Perpisahan pelajar tingkatan 5, tahun yg lalu.

“Aimy.. Maaflah aku lambat. Ustazah panggil kau, majlis dah nak mula. Lagi 10 minit YB sampai. Kau dah tahu pengerusi majlis muslimin yg akan bantu kau tu siapa?” Saadah tercungap-cungap menuturkan kata.

Dia adalah Exco Pimpinan Muslimat merangkap Penolong Ketua Umum, semestinya menjadi orang kuat majlis. Majlis kali ini, semua pengawas harus menyumbangkan tenaga, termasuk Aimy yg menjadi Exco Dakwah dan Tarbiyyah Muslimat.

“Tak taulah pulak. Aku kan jadi pengerusi majlis bidan terjun ni. Alhamdulillah dah hafal..” Aimy memberikan senyuman nipis, menyedapkan hati Saadah yg bermati-matian merayu Aimy supaya menggantikannya yg sepatutnya menjadi pengerusi majlis.

“Maaflah sebab menyusahkan kau. Kesian kau kann.. Partner kau, Fattah - Exco Bimbingan dan Kaunseling Muslimin. Kenal tak? Tapi jangan risau, dia uruskan di hujung pentas, bahagian muslimin. Kau kena pandai masuk line dan selit-selit sikit bila dia dah habis cakap atau tengah bercakap yg memerlukan giliran kau untuk berucap juga. Maaf lagi sekali ye Aimy..”

Aimy berfikir sejenak. Dia terangguk-angguk dan tersenyum. Menampakkan lesung pipit diwajahnya.

“Eh! Ustazah Zauyah dah panggil tu. Pergi lah..”

Aimy berpaling. Terlihat Ustazah Zauyah yg melambai-lambai. Disisinya kelihatan Fattah yg tunduk meneliti sehelai kertas. Aimy berdebar-debar. Kerana dia tidak pernah menjadi pengerusi majlis formal seperti ini. Perlahan-lahan Aimy melangkah. Setelah beberapa minit mendengar penerangan Ustazah Zauyah, mereka memulakan majlis.

“Bismillah..” bibir Fattah terkumat-kamit membacakan doa penenang jiwanya yang gundah.

“Yang dihormati, YB Zaharudin Ayub selaku ALP tertinggi sekolah, Tuan Mahmud selaku Pengetua sekolah, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah kita bersama-sama meraikan majlis ihtifal da’ie mud sekolah kita pada tahun ini.” Fattah menelan liur sebentar dan menjeling Aimy di bahagian pentas kiri dengan ekor matanya. Gadis yang memakai jubah ungu lembut dan bertudung labuh bertona sama dengan jubahnya hanya diam merenung kertas dalam pegangannya.

Bertambah pahit liur yang ditelan oleh Fattah. Haish.. dia ni jadi MC bisu ke? Takkan nak suruh aku seorang je yang bercakap dekat depan ni? Monolog hati Fattah. Aimy yang sedar dirinya diperhati mengangkat wajah. Mula tersedar sesuatu. Pantas semangatnya yang hilang disubur kembali.

“Baiklah, tanpa membuang masa kami mempersilakan YB Zaharudin Ayub selaku ALP tertinggi sekolah untuk merasmikan pelancaran majlis ihtifal tahunan ini. Dengan setinggi-tinggi hormatnya kami mempersilakan YB Zaharudin Ayub..” yakin Aimy menuturkan kata. Fattah terkedu sendiri mendengar suara lantang Aimy. Tepukan gemuruh memenuhi ruang.

Serentak Aimy dan Fattah turun menuju ke arah belakang pentas. Memberi ruang kepada YB untuk berucap sekurang-kurangnya sepuluh minit. Kelihatan ramai bekas pelajar tingkatan lima yang sedang bersiap untuk menerima sijil nanti. Tidak kurang juga yang menanti untuk memberikan persembahan hebat.
Perlahan langkah kaki Fattah menghampiri Aimy. Sempat dia menyambar lengan juniornya untuk mengekor.

“Ukhti..” serunya tegas. Aimy berpaling. Keningnya terangkat tinggi. Riak terkejut dan rasa berdebar yang tiba-tiba berbisik nakal ditepis dengan istighfar.

“Na’am, akhi fil Islam?” sarkastik sungguh. Ni bahasa ikut skriplah kot. Masing-masing nak tunjuk lagak tegas dan kepala batu. Huhu.. tegaslah sangat kan..

Pelajar tingkatan tiga yang menemani Fattah kelam tidak faham.

“Maaf.. enti rujuk slot selepas ni, enti yang akan memulakan bicara kan? Ana rasa tak sesuai sebab intonasi dan gaya percakapannya perlu ditinggikan. Nak tunjukkan riak suspen kan? Apa kata kalau bahagian tu ana yang ucapkan?” masih membelek-belek kertas di tangannya. Entah apalah yang diteliti.

Aimy terangguk-angguk. Riaknya tetap selamba padahal dalam hatinya bergema lafaz syukur kerana nusrah Ilahi menyapa di waktu yang sangat tepat. Sememangnya dia tidak begitu yakin untuk berkelakuan ramah dan melentokkan suara dikhalayak ramai. Itu bukan sikapnya!

“Toyyib! Ana setuju. Syukran jamman.” Aimy terus berlalu naik ke pentas tanpa mempelawa Fattah apabila mendengar bicara YB Zaharudin yang telah tamat.

Fattah menyusul.

***

Aimy menghabiskan minumannya. Alhamdulillah! Selesai segalanya. Walaupun tidak sempurna, tetapi sudah cukup memberikan kepuasan dan kegembiraan buat ikhwah dan akhowat yg telah menamatkan status pelajar. Mereka merancang, tetapi sebaik-baik perancang dan penentu adalah Allah. Bunyi deringan telefon bimbit menarik perhatian Aimy. Dia menyelongkar beg sandangnya.

“Assalamualaikum.. Ibu, Fi baru teringat nak call ibu. Dah nak balik ni. Kenapa bu?”

“Waalaikumussalam.. Fi, maafkan ibu. Ibu tak dapat nak ambil kamu. Abg accident, ibu dekat hospital ni.” Suara Puan Salina yg teresak-esak masih dapat didengar.

“Innalillahi wainnailahi roji’un… Abg dekat hospital? Macam mana boleh accident? Dengan apa? Teruk ke bu?” Bertalu-talu soalan dilemparkan buat ibunya. Rasa risau menguasai diri.

“Ibu tak tahu. Dia masih dalam bilik bedah. Fi balik naik bas ye? Nanti sampai rumah, siap-siap. Ibu dah suruh kakak balik. Hati-hati Fi.”

“InsyaAllah.. Sabar ye bu. Ok, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Talian dimatikan.

***
Keadaan di dalam bas sedikit riuh. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri. Semua tempat telah diduduki. Hanya Aimy yg terpaksa berdiri di tengah bas, berhadapan pintu. Besi pemegang di pegang erat. Bau sesuatu dari arah sebelah kiri menarik perhatiannya. Kelihatan seorang warga emas yg berada di luar kewarasan akal bercakap seorang diri dan ketawa berdekah-dekah. Di tangannya terdapat air yg tidak diketahui jenamanya. Berkerut-kerut wajah Aimy.

‘Astarghfirullah.. Arak rupanya!’ Aimy beristighfar. Sayangnya, pakcik itu lalai dalam dunianya, yg penuh 
racun disebalik kelazatan. Sedangkan mungkin dia berpeluk pada agama Islam. Moga Allah memberi hidayah. Tidak pernah dia menemui orang yg dalam keadaan mabuk kerana meminum arak. Ini baru pertama kali! Takut dan risaunya hanya Allah yg tahu.

Akhirnya tiba jua di kawasan perumahannya. Apabila kaki melangkah menuruni tangga, beg sandangnya ditarik kasar oleh lelaki mabuk tadi.

“Apa ni?!” Suaranya melengking kuat. Mengejutkan semua penumpang bas. Keadaan mula kelam kabut.

“Adik nak balik ke? Sekejaplah.. Kita belum jalan-jalan lagi ni.. Enjoy dulu! Haha..” Ketawanya berdekah-dekah. Sukanya! Dia cuba memegang tangan Aimy. Tetapi pantas dilarikan di belakang tudung labuh miliknya.

“Allah.. Bantulah hambaMu..” Ayat itu meniti perlahan. Manik-manik jernih bertakung di tubir matanya. Cuma menunggu masa untuk mengalir saja! Yg menghairankan, semua penumpang hanya memandang dan berbisik sesama sendiri. Tiada tanda-tanda mahu membantu. Mungkin mereka juga khuatir dengan keadaan lelaki mabuk itu.

“Pakcik.. Tak baik buat macam ni.. Boleh bagi dia turun?” Muncul seorang lelaki berkemeja ungu lembut berlengan panjang. Mencuba untuk berdiplomasi.

‘Kamu! Dia dalam keadaan yg tak waraslah, macam mana nak mencerna ayat kamu tu..’ Aimy hanya bersoal jawab dalam hati. Tak mampu diluahkan. Dirinya dalam keadaan takut yg teramat. Tidak pernah terjadi sebegini. Siapa yg mengalami, agak-agak kalau dia kata boleh pengsan tak hidup-hidup tu logik tak? Hish! Na’uzubillah…

“Kau ni siapa? Dia awek aku la der.. Kan sayang?” Beg Aimy dilepaskan. Mencuba sekali lagi untuk menarik tangan Aimy.

Dengan pantas, kesempatan itu diambil oleh lelaki berkemeja tadi. Beg Aimy ditarik lantas turun dari bas. Bas itu terus meninggalkan mereka. Masih terdengar sayup-sayup suara lelaki mabuk itu…

“Alhamdulillah.. Err, terima kasih..” Aimy terus menunduk setelah terperasan sesuatu. Lelaki itu adalah pelajar di sekolahnya juga. Bahkan, salah seorang badan kepimpinan sepertinya. Malunya….

Langkah diatur pantas. Khuatir berlaku fitnah jika jiran tetangganya melihat mereka. Yg lagi parah, bila Allah tidak redha dia berlama-lama tanpa urusan penting sebegini.

“Alamak.. Macam mana ni.. Errr, apa aku nak buat? Rumah aku bukannya dekat sini.. Kena jalan kaki ke?” Terdengar-dengar suara lelaki itu yg bercakap seorang diri. Hmm, biarlah! Jahat? Itu lebih baik...

“Aimy!” Namanya dilaung. Eh? Betul ke nama aku tu? Dia kenal aku ke?

Aimy menoleh. Wajah tanpa riak cuba dipamer. Jarak mereka kira-kira dalam 10 langkah.

“Asifni (maafkan saya). Kawasan sini, bas akan lalu pukul berapa ye?” Tampak tidak keruan lelaki itu bertanya.

“Dalam pukul 6 petang baru ada bas..” Jam tangan dikerling sekilas. Baru pukul 3.42? Erkk.. lamanya!

“Ye ke? Hmm, ada surau atau masjid tak dekat sini?” Matanya memandang ke arah jalanraya.

“Enta jalan terus, sebelah kanan tu ada surau kecil. Kalau masjid, dalam 200 meter je.” Lelaki itu terangguk-angguk. Aimy terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Hati ditahan daripada menerbitkan perasaan bersalah yg mula berputik. Duhai hati, prinsip diri harus dijaga! Bahaya fitnah, hanya Allah yg tahu..

Tapi macam mana dengan dia? Dia dah tolong kau, Aimy.. Bisik hatinya. Ah! Persetankan semua perasaan tu!

***
Pintu bilik yg terkuak membuatkan Aimy yg baru selesai solat asar berpaling. Wajah muram kakaknya terlayar di tatapan mata.

“Baru balik kak? Jomm..” Selesai bersiap-siap, tangan Shakeela ditarik keluar daripada biliknya.

“Hmm.. Eh! Kenapa mata ni?” Wajah didekatkan. Mata Aimy direnung tajam.

“Kenapa?” Cuba dirahsiakan hal sebenar. Tapi, boleh ke dirahsiakan segala hal dengan kakak sorang ni? Confirmmm! Tak boleh punya…

“La tahzan Fi! Akak tau, Ammar kuat.. Doa sama-sama ye dik..” Bahu Aimy diraih. Mereka menuruni tangga perlahan-lahan. Majalah-majalah yg bersepah diatas meja ruang tamu menarik perhatian Shakeela. Dikemaskan sebentar.

“Bukan fasal tu jelah kak.. Ada hal lain..” Teragak-agak mahu bercerita. Dia tahu, Shakeela akan terkejut dan sedikit bertegas jika dia mahu menaiki bas buat keberapa kalinya.

“So? Tak faham-faham lagi? Ceritalahh..” Nafas dihela.. Kepala yg sakit cuba direhatkan.

“Macam ni…” Segalanya diceritakan tanpa tercicir satu ayat sekalipun. Muka terkejut kakaknya dipandang takut-takut. Err, kenapa ni? Habislah..

“Ha?! Fi ni biar betul..? Kenapa tak bukak langkah silat je?” Dahi Shakeela berkerut-kerut. Begitu beremosi dia jadinya.

Ada ke orang mabuk tu nak ganggu adiknya tanpa izin? Hish! Mana boleh.. Nanti kalau jadi apa-apa, dia juga yg risau. Tapi, kalau nak kacau anak orang kena minta izin dulu ye? Hmm, tak pernah dibuat...

“Akak ni… Bila pulak Fi belajar silat? Setakat penampar tu, Fi pro lah.. Tapi, nanti takut tangan ni melekat terus, tak bahaya ke kak? Hihi..” Sempat lagi dia bergurau! Tetapi pabila melihat kerutan wajah Shakeela semakin banyak, terasa payau dan kelat senyumannya.

“Hmm.. Baguslah, bagus! Ingat main-main ke? Alhamdulillah ada siapa tu namanya? Fattah erk? Ha, Fattah tu.. Maknanya, Allah sayang tau. Dibuatnya Allah tak sayang, Allah datangkan si Aslam yg gatal ala-ala warak tu, macam mana?” Tangannya tergawang-gawang, mata semakin lama semakin membulat. Hanya menunggu masa untuk tersembul.

“Apa akak ni..! Merepek tiba-tiba pulak.. Elok-elok tak sebut nama entah siapa-siapa, semua nama dia nak keluarkan. Fattahlah, Aslamlah… Tak baik you know? Haa, kan slanga English den ni dah keluar..” Muka dimasamkan, tercebik-cebik dia memarahi Shakeela. Ada ke patut cakap macam tu? Nak kenakan dia pun, berpada-padalah kan…

“Heh! Cantik sangatlah tu? So, Fattah dah balik ke?” Nada suaranya bertukar lembut dan risau. Lagipun, bukannya salah Aimy. Yelah.. pernah dengar tak ayat ini, ‘orang gila yg mengganggu, orang waras yg diganggu itu yg dipersalahkan’.. Erk! Apa aku cakap ni..?

“Manalah Fi tau.. Ala, dia kan dah besar.. Takkan nak balik pun tak tau.. Eh! Memang banyak pun cantiknya Fi ni.. Alhamdulillah.. Jangan cemburu tau, kita sama je..hihi..” Sempat lagi hatinya bergolek-golek dengan kata-katanya sendiri. Agak-agak, sempatlah tu nak buat santan untuk memerahsankandiri….

“Wekkk! Menyampahlah Fi ni.. Jomlah.. Ammar tengah sakit, sempat lagi dia melawak..” Shakeela bangun dari duduknya. Memastikan rumahnya dalam keadaan selamat.

Aimy hanya mengangguk dan tersenyum. Setelah memasuki kereta Myvi milik Shakeela dan bergerak keluar hingga ke simpang hadapan taman perumanhannya, Aimy bersuara kembali.

“Kak.. Dia tak balik lagilah..” Mukanya kelihatan penuh dengan rasa kasihan.

“Siapa? Fattah?” Kepalanya tertoleh-toleh. Baru dia perasan, ada seorang lelaki yg duduk sambil membaca buku yg tak di ketahui judulnya di perhentian bas.

“A’ah.. Macam mana ni kak?” Wajah selamba Shakeela dipandang. Apa yg dia fikir ni? Senyap je..

“Amboii ! Risau sangat ni kenapa?” Mencuba untuk serkap jarang..

“Astarghfirullah.. Ni yg Fi tak suka ni.. Akak, fitnah ni bahaya kan? Oklah, lupakan simpati pada yg bukan mahram. Baik fikir tentang abg.. Ya Allah, ya Allah.. Bahaya, bahayaa..” Matanya terpejam. Seolah-olah mengingati diri, agar tidak tersasar jauh dari landasan simpati dan rasa bersalahnya.

Shakeela menggigit-gigit jari. Serba salah jadinya kerana telah membisikkan perkara yg tidak baik pada diri 
adiknya. Stereng kereta dibelokkan di bahu jalan. Aimy terpinga-pinga. Shakeela menyuruhnya turun.

“Salam ‘alaiyk.. Adik ni… Fattah ye?” Penuh hemat dan beradab Shakeela bertanya. Lelaki yg masih dalam keadaan tertanya-tanya itu hanya mengangguk.

‘Aduhh.. Peramahnya akak!’ Hati Aimy membuat marathon sendiri. Dari tadi lagi tidak reti diam. Ada je yg hatinya gaduhkan. Ish, ish, ish…

“Maaflah dik.. Dekat sini memang tak ada public phone untuk digunakan. Yg ada pun, tak berfungsi. Nak balik ni, rasanya ada orang tak dekat rumah?” Dia perasan, Fattah memegang telefon bimbit yg sudah mati. Barangkali kehabisan bateri.

Fattah hanya diam, seolah-olah berfikir. ‘Dekat rumah, cuma ada kak Mariam. Ya Allah, moga akak tak pergi mana-mana.’ Sewaktu dia hendak keluar rumah awal pagi tadi, hanya kakaknya yg ada. Ummi dan walidnya sudah pergi meneruskan perjuangan mereka di hospital. Bekerja sebagai doktor, harus mengorbankan waktu yg banyak. Demi menghulurkan bantuan pada yg memerlukan. Kebiasaannya, lewat malam baru pulang ke rumah.

“Saya rasa ada.. Tapi, wallahualam.. Boleh pinjamkan saya telefon? Telefon saya kehabisan bateri pulak.” Malu-malu Fattah bertanya. Maklumlah, adat orang ingin meminjam…

Shakeela berpusing ke arah kereta. Setelah menjumpai apa yg di cari, dia menghulurkannya kepada Fattah. Selang beberapa minit, telefon itu bertukar tangan semula. Aimy hanya memandang.

“InsyaAllah nanti kakak saya ambil. Syukran jazilan kak.. Jazakallaha khairan khathir!” Fattah menundukkan kepala, tanda hormat. Shakeela hanya tersenyum nipis.

‘Sopannya budak ni.. Nanti aku cakap dekat ibu, aku chop dia untuk Fi. Yey! Hehehe.. Jahat? Tak kisah punn…’ Hatinya merancang. Kalau tau dek Aimy, habislah… Tak tidur seratus malam kena belasah…

“Akak.. dah berapa minit kita masuk dalam kereta. Tapi, awatnya tak jalan-jalan lagi ni? Memalukan jelah..” Tangan kakaknya di tepuk-tepuk. Dia terperasan dahi Fattah yg berkerut-kerut melihat mereka. Bubar angan-angan Shaleela..

“Eh! Ye ke? Allah.. Sorry Fi..” Senyuman comel dilempar. Aimy hanya mencebik. Dan kereta terus meluncur laju membelah jalanraya yg sentiasa sibuk.
________________________

“Tepilah bu! Tak payahlah pegang-pegang.. Sakit tahu tak?!”

Suara lelaki yg berada didalam bilik itu menghentikan gerak tangan Shakeela yg memegang tombol pintu. Pintu yg tidak tertutup rapat menunjukkan bahawa Allah ingin mereka dengarkan segalanya. Aimy terpaku disebelah Shakeela. Wajah marah kakaknya dipandang lama. Mungkin sedang menahan rasa…

“Maaf, maaf.. Ibu.. Ibu cuma risaukan Ammar.. Ammar tak makan lagi dari pagi tadi kan.. Makan sikit ye?” Suara lembut dan menggeletar ibu dapat didengar dengan jelas. Kasihannya ibu! Kenapa dengan Ammar..?

Shakeela sudah tidak tahan dengan sikap Ammar. Pintu ditolak kasar. Dia memberanikan diri untuk berhadapan dengan Ammar.

“Ammar! Apa nak jadi ni? Kenapa biadab dengan ibu? Kenapa tinggikan suara dengan ibu?” Bertalu-talu soalan dilempar. Wajahnya penuh dengan kesedihan dan kemarahan.

“Apa kau ni? Kau sibuk hal aku kenapa?!” Dengusan kuat kedengaran. Wajah itu, tiada sinarnya seperti dahulu.. Mana hilangnya cahaya iman Ammar Sufyan..?

“Dik.. Tolonglah akak.. Boleh tak sekali je kita bincang baik-baik? Akak tak suka adik akak terus macam ni.. Hilang daripada tali Allah, amat payah nak digapai balik..” Shakeela sebak. Terkaku sebentar.

Ammar tergelak sinis. “ Selama ni, ada aku kacau hidup kau ke? Kalau apa-apa jadi dekat aku, kau tak risau pun.. Kau tak nak ambil tau pun kan.. So, pergi mampus ar dengan nasihat kau ni.. Kau dengan budak kecik sebelah kau tu sama je, busy body! Menggedik tak habis.. Tak payah tunjuk alimlah depan aku.. Tak payah nak tunjuk diri tu solehah sangat.. Korang pun banyak dosa, tak payah nak ceramah aku..” Kata-kata sinis Ammar menyentak hati Aimy.

Ibu terus keluar daripada bilik itu dengan linangan air mata. Kecewa dengan apa yg terjadi. Hati ibu mana yg tidak sakit mendengar lantangnya suara seorang anak sedang menghina? Ibu….!

“Kau tengok! Ammar, berdosa kau buat ibu menangis.. Tak rasa bersalah ke? Mana adik akak yg dulu? Mana Ammar..pejuang agama tu? Mana Ammar yg lantang menegakkan kalam Allah? Kau bukannya tak pernah hidup dalam tarbiyah, kau bukannya tak pernah hidup dalam suasana jemaah dalam Islam.. Tapi kenapa sampai macam ni? Mana fataatu mutaaddib yg kau pertahankan dulu? Mana Ammar Sufyan yg menjadi kebanggan keluarga tu? Akak nak adik akak balik.. tolonglah, jangan curik dia daripada akak…”
Merayu-rayu Shakeela menyentuh hati adiknya.

Perlahan-lahan katil adiknya didekati. Di usap-usap kepala Ammar. Gayanya persis memujuk anak kecil. Melimpah ruah kasih dan sayang buat si adik. Aimy yg berdiri di sudut bilik hanya mampu mengalirkan air mata.

“Senangnya kau cakap.. Kau tak pulak fikir perasaan aku bila ayah tinggalkan aku? Aku taulah yg aku ni lelaki, tapi aku pun ada perasaan. Ibu lebihkan korang berdua sebab korang perempuan! Habis aku ni, kena bina kekuatan sendiri bila tengok ibu manjakan korang? Wei, aku tak nak pun kasih sayang kau atau ibu.. Tapi, pernah ke kau ambil tahu tentang aku? Pernah ke kau bagi perhatian dekat aku? Kau sibuk sangat dengan hal persatuan mahasiswi kau tu, tapi apa yg kau buat untuk aku? Ibu sibuk dengan tadika, kau sibuk dengan U.. Yg korang tinggalkan untuk aku, kenangan dengan ayah dulu.. Cuma tu! Lagi satu, kau bekalkan aku dengan budak kecik ni.. 24 jam nak tau apa yg aku buat. Dia sendiri tak tau apa erti kekuatan, nak ajar aku ta’rif kekuatan konon.. Aku rimas tau tak?! Dia tu kecik lagi, faham ke apa yg aku rasa?! Dia takkan faham!” Tangan Shakeela ditepis kasar. Dia memanah pandangan pada Aimy. Tajam tenungannya.

Ya Allah, tak tahan rasanya.. Dengan pantas, Aimy melarikan diri dicelah-celah orang ramai yg sibuk dengan urusan mereka di hospital itu. Tidak sanggup ingin mendengar kata-kata berbisa Ammar dan pandangan yg penuh makna itu. Banyak rahsia tersembunyi antara mereka berdua…

‘Abang.. Disebabkan Fi faham apa yg abg rasalah, Fi ambil tahu tentang abg.. Fi nak tau apa yg abg selalu buat.. Setiap masa Fi nak dekat dengan abg.. Tapi, abg yg tak faham apa yg Fi rasa sebenarnya…’ Bisikan itu terus menemani dengan iringan air mata..

***
Pantulan wajahnya yg basah dengan wuduk dipandang lama. ‘Ya Allah, tabahkan aku.. Aku harus hadapi semua ni dengan kuat! Ingat Aimy, kau bukan budak kecil macam yg abg selalu cakap tu.. Kuat!’ Hatinya memberikan kata semangat. Tiba-tiba, bahunya dipegang lembut. Senyuman perempuan yg separuh abad di sisinya sedikit sebanyak menenangkan hati. Senyuman dibalas. Tag nama yg tersemat di jaket labuh berwarna putih milik perempuan itu dijeling.. Dr. Masyitah..

“Kenapa ni nak? Ahli keluarga sakit ke? Sakit itu penghapus dosa, jangan risau.. Walau berat mana pun ujian yg Allah beri, Dia ingin lihat sekuat mana tabahnya kita menghadapi ujian itu. Layakkah seseorang itu digelar beriman tanpa diberi ujian? Allah takkan uji hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Orang Islam je yg Allah beri ujian tanda kasih sayang, tetapi orang kafir tak kan.. Allah pengasih pada orang-orang yg beriman, dan pemurah pada yg bukan Islam.. Dapat lihat tak perbezaannya?” bahu Aimy di usap-usap. Senyuman itu sentiasa menghiasi wajahnya.

‘Lembutnya doktor ni.. Penuh dengan kasih sayang dan ketenangan..’ Aimy memuji didalam hati. Segannya pada Allah, tak tertanggung rasanya. Ujian yg Allah beri, bukan dia yg pikul.. Tetapi ibu! Jadi, kenapa dia perlu menangis macam ni? Dia seharusnya menjadi tunjang kekuatan buat ibu, bukannya lemah begini.. Astarghfirullah..

“Dah, tak nak sedih-sedih lagi.. Nama anak ni siapa?” Tangan Aimy diraih. Dibawa keluar ke bilik di sebelah tandas itu. Mungkin bilik rehat… Sofa berangkai tiga menjadi tempat tuju mereka berdua. Hanya mereka berdua yg ada disitu.

“Nama saya Aimy Shafiyyah Abdullah.. Doktor boleh panggil saya apa-apa je, selagi ada maksud yg baik..” Wajahnya sudah boleh tersenyum. Ketenangan dan kelembutan doktor separuh usia itu membuatkan dia selesa.

“Sedapnya nama! Kalau macam tu, Shafiyyah panggil saya ummi Masyitah jelah.. Ummi tak selesa kalau Shafiyyah panggil doktor-doktor..” Dalam memuji, sempat lagi Dr. Masyitah merapatkan jurang yg ada. Aimy hanya tersenyum. Segann!

“Siapa yg sakit sebenarnya?” Wajah Dr. Masyitah tampak sedikit serius berbanding tadi.

“Abg saya, Ammar Sufyan.. Yg dekat bilik 7(3)” Aimy menunduk. Ingin sahaja dia menceritakan apa yg terjadi tadi. Tetapi, cepat-cepat dia menahan hati. Ianya satu keaiban abangnya, tidak seharusnya diceritakan, walaupun ingin sekali dia luahkan apa yg terpendam kepada seseorang. Kadangkala, memendam itu lebih baik daripada membuka cerita yg akan mendatangkan kesan. Sama ada baik atau buruk, hanya Allah yg tahu..

“Oh, yg baru sedar tu? Kakinya tertusuk dengan benda tajam. Kemalangan disebabkan bertembung dengan lori tu kan?” Berkerut-kerut dahi Dr. Masyitah mengingati perkara itu. Pesakit itu sememangnya bukan dibawah pengawalannya, tetapi adat pekerjaan suami isteri sebagai doktor, semestinya saling berkongsi walaupun berlainan pesakit ditambah dengan kesibukan masing-masing. Ammar Sufyan itu dibawah pengawalan suaminya, Dr.Farid.. Sedikit sebanyak dia tahu apa yg terjadi.

Aimy menggelengkan kepala. “Sebenarnya, saya baru sampai. Ibu saya tak cerita dengan lebih lanjut.”

“Hmm, macam tu rupanya. Dia kemalangan pada jam 6.50 pagi tadi dan terus dibawa ke sini oleh pemandu lori yg melanggar dia. Tapi, tak ada butir pengenalan pun yg dibawa. Telefon bimbit je yg ada. Jadi, kelam kabut sikit nurse-nurse mengecaj telefon dia. Pembedahan terpaksa dibuat dan dia kekurangan darah akibat kecederaan tu. Jam 7 lebih, baru dapat hubungi ibunya. Alhamdulillah, ibu Shafiyyah yg menderma darah, disebabkan persamaan jenis darah. Ibu dah ok?”

Dia terpinga-pinga dengan soalan yg diajukan. Hanya anggukan yg dibalas. Ibu menderma darah? Oh, ibu! Sepatutnya, dia atau kakaknya yg seharusnya melakukan perkara itu. Kenapa ibu tidak memberitahu mereka? Mungkin tidak mahu mengganggu kami atau khuatir kami risaukan keadaan ibu. Mulianya hati seorang ibu..

“Dok.. emm.. ummi Masyitah.. Maaf, saya nak lawat abang saya dulu ye? InsyaAllah andai ada pertemuan dan dipanjangkan umur, kita jumpa lagi nanti..” Aimy meminta diri. Dia masih kekok ingin memanggil doktor itu dengan panggilan ummi Masyitah. Tangan dihulur dan bertaut seketika. Tangan itu dicium hormat. Senyuman yg tak lekang dari wajah Dr.Masyitah dijadikan bekalan buat diri.

Semasa dia melangkahkan kaki ke dalam wad yg diduduki Ammar, kelihatan ibu dan kakak saling berpelukan dengan abangnya. Apa dah jadi ni..?

Bila pelukan terlerai, masing-masing memandang ke arahnya. Terutamanya abang Ammar. Dan senyuman itu.. Ya Allah! Betulkah apa yg dia nampak ini? Senyuman yg dirindui menyapu matanya..

Alhamdulillah, akhirnya Ammar sedar kesilapannya.. Tidak tahu pula apa yg telah dilakukan oleh Shakeela hinggakan Ammar  yg dahulu kembali lagi. Aimy percaya, sikap kakaknya yg lebih garang dan tegas kadangkala mengeluarkan kata-kata yg berbisa. Semua ini kuasa Dia.. Hati itu, Dia yg pegang.. Bila Dia menghendaki, hati yg rapuh boleh dilembutkan.. Allahuakbar!

***
“Betul bang.. Manis dan sopan sangat Shafiyyah tu. Hati saya dah tertawan dibuatnya..” Mata Dr.Masyitah terkebil-kebil menceritakan tentang Aimy kepada suaminya, Dr.Farid. Suka benar nampaknya.

“Kalau kamu yg tertawan, saya nak buat apa? Nak pinang dia ke?” Dr.Farid tersenyum-snyum. Ingin mengusik isterinya. Tetapi, anggukan Dr.Masyitah mengejutkannya.

“Ha..?! Biar betul kamu ni? Abang yg dah tua ni takkan kamu suruh kahwin lagi?” Tidak faham dengan perkara yg hendak disampaikan oleh isterinya.

“Hish! Apa abang ni? Bukan untuk abanglah.. Maksud saya, untuk Mujahid…” Kening diangkat-angkat. Senyumannya penuh makna.. Dr.Farid tergeleng-geleng.

“Ya Allah.. Budak tu kan muda lagi.. SPM pun belum habis, takkan nak disuruh kahwin pulak..” Pening rasanya jika melayan isterinya. Dahulu sewaktu Mariam berumur 16 tahun pun isterinya ingin meminang anak kenalannya, Dr.Anisah..

“Memanglah muda lagi.. Tapi, saya choplah dulu..” Selamba saja Dr.Masyitah menuturkan kata-kata.
Mujahid yg mendengar suara riuh ummi dan walidnya dari arah ruang tamu itu terpinga-pinga. Tidak faham hujung pangkal butir bicara keduanya. Perlahan-lahan dia menyertai mereka dihadapan television.

“Kenapa ummi, walid..?” Berkerut-kerut dahinya dengan pandangan yg penuh makna dari ummi dan walidnya. Ummi dengan sengihan yg penuh rahsia, walid pula membulatkan mata seperti orang yg terkejut pabila disergah. Mukanya disentuh. Tercari-cari apa yg tidak kena pada dirinya.

“Muka Mujahid ada apa-apa ke walid?” Dr.Farid tersedar. Kepalanya digeleng. Senyuman malu dilempar. Tangan Dr.Masyitah dicubit-cubit. Mereka terus berbisik sesama sendiri.

‘Ya Allah… Pening pulak tengok walid dengan ummi ni main cuit-cuit. Haaaa… ni mesti ada apa-apa rahsia. Nak sorok dari akulah tu..hehe..’ Fikiran Mujahid penuh dengan tanda tanya.

Dr.Masyitah berdehem-dehem. “Tak ada apa-apalah.. Cuma bincang hal negara.. Biasalah, sekarang kan politik semakin kotor, jadi ummi fikirkan calon untuk kamu bina Baitul Muslim nanti sama fikrah ke tidak..”

‘Erk.. baitul muslim? Politik? Sama fikrah? Ada kena mengena dengan aku ke?’ Mukanya kelam. Penuh persoalan kata-kata yg diucapkan oleh Dr.Masyitah itu.

“Ummi dah ada calon zaujah(isteri) untuk Mujahid ke?” Sengaja dia bertanya. Tidak memaksudkan apa-apa. Tangannya mencapai roti telur berinti sardin yg dihidang di atas meja tamu. Dengan lafaz bismillah, perlahan-lahan roti itu dikunyah.

“Dah ada dah..” Dengan selamba Dr.Masyitah bertutur. Senyuman diberikan buat anak lelaki tunggalnya. Wajah Mujahid ditebak.

‘Adehh… Tercekik!!’ Matanya membulat. Lidahnya kelu. Dr.Masyitah, pantas dan cepat dalam merancang!

***
Dua Tahun Kemudian

Beg sandang dilurut dari bahu perlahan-lahan. Kalimah syukur tercetus dibibir Aimy. Hari ini, dia terkejar-kejar hingga ke malam. Minggu orientasi memerlukan kesabaran yg tinggi. Setelah selesai menunaikan solat isyak, Aimy mengeluarkan komputer riba pemberian ibunya. Tidak banyak email yg ada didalam inbox yahoo mailnya. Yg ada, cuma khabar dari teman-teman lama.

Dua tahun meninggalkan zaman persekolahan, bibit-bibit kenangan masih bermain diingatan. Terutamanya kenangan bersama Izzah dan pimpinan pengawas sekolah. Saat susah senang bermujahadah dizaman remaja paling sukar dilupakan. Akan tersemat memori itu dalam kenangan…

Alhamdulillah.. Kini ibu semakin bahagia dengan perubahan Ammar. Ammar sudah mula menceburkan diri dalam dunia dakwah semula. Walaupun tidak meneruskan pengajian lagi, dia tetap menunaskan cita-citanya yg cuba dilupakan dahulu. Dia membuka khidmat consultant dan fasilitator untuk mengadakan mukhayyam(perkhemahan) sama ada dari segi tarbiyah atau ilmiah pada waktu cuti persekolahan. Mungkin niatnya untuk menyambung pengajian masih didalam perancangan.

Shakeela pula, sudah menamatkan pengajian di UITM. Kakaknya itu, sangat sibuk sejak akhir-akhir ini. Menguruskan tadika di beberapa cawangan agak rumit rupanya..

Buzz!
Skrin komputer riba ditatap. Senyumannya meleret.

Shakeela : assalamualaikum.. dik!
Aimy : waalaikumussalam.. ye kakakku.. apa dia?
Shakeela : dik.. ada org masuk meminang..
Aimy : haaa?!! akak ke?
Shakeela : tak payah terkejut sangatlah kan.. Fi lah..
Aimy : apa ni? Fi blur ni.. Nak main2kn org ye? Org baru masuk U, menipulah tu.. Kalau akak, Fi percayalah..
Shakeela : org serius, dia ckp mcm tu pulak..
Aimy : siapa kak?
Shakeela : Fi kenal dia.. ^^,

Tiba2 nyalaan pop-up windows Shakeela tertutup tanpa sempat dia bertanya lanjut.

'Ya Allah. Kau peliharalah hati ini dari hasutan syaitan. Jangan kau lemahkan aku dengan khabar itu.'

Komputer riba dimatikan. Aimy melangkah lemah menuju ke luar kolej kediamannya. Ingin berwuduk. Hanya Allah tempatnya mengadu. Dia tidak bersedia dengan perkara ini. Dia cukup menjaga had pergaulannya. Justeru, tiada siapa yg berada dalam senarai penekaannya. Perkara itu cuba dilupakan.

***
Wajah manis si niqabis itu direnung dalam. Terhias senyuman bahagia di bibir Dr.Masyitah yang ditemani anak perempuannya, Mariam. Tangan Aimy di genggam kejap.

“Mulai hari ini, Shafiyyah bergelar tunangan Mujahid. Ummi harap, Shafiyyah terus kuat menjaga perhubungan ni ye. Tapi ummi tak kisah kalau perhubungan ni kamu nak putuskan jika rasa tiada kesekufuan antara kamu berdua. Itu hak Shafiyyah..” lembut kata-kata Dr.Masyitah sembari membelai-belai kepala gadis yang telah mencuri hatinya.

Aimy termalu sendiri. “InsyaAllah, ummi. Selagi terdaya, Fi jaga hubungan kita ni. Sekufu tu bukan pada darjat, rupa dan harta je ummi. Fi tak kisah semua tu. Yang penting, tingginya nilai agama dalam diri bakal zauj Fi. Lagi satu, Fi tak nak kahwin dengan dia seorang tau ummi. Fi berkahwin dengan family ummi..” matanya dikerdip-kerdipkan. Aiyaa.. gaya comel sangatlah tu.

Bergema gelak tawa di dalam bilik itu. Alhamdulillah semua perempuan. Kalau ada lelaki, haru kot..

***

Kenapa ini yang ana dapat disebalik sebuah penantian? Sesak menanggung rindu yang makin sarat. Setiap kiriman SMS ana ditinggalkan sepi tanpa balasan. Tidakkan anti rasa berdosa menyakiti hati insan yang mahu menjalin ukhuwah? Persetankan dengan jubah, niqab dan tudung labuh jika masih menindakkan jalinan persaudaraan yang digalakkan dalam Islam.

Kiriman SMS yang tidak dikenali tuannya membuatkan Aimy gamam. Sebak dan terhenyak sendiri. Apa semua ni? Ya Allah.. jika ini ujian penguat cinta aku pada tunangan tanpa wajah yang mula bertapak rasa dalam hati ini, kuatkanlah hatiku menempuh segala mehnah ini. Aku hanya berlindung padaMu duhai pemilik hati..

Sanggup dia mempersetankan aku? Memang salah kalau aku menolak untuk menjalin ukhuwah. Tetapi salah aku menolak jika yang meminta untuk berukhuwah itu adalah perempuan, kaumku sendiri. Berani-berani dia gunakan medium persaudaraan dalam Islam untuk menjalinkan perhubungan yang dibataskan dalam syar’ie. Sedangkan tunangan aku tidak mengambil haknya untuk bertaaruf dengan aku, senang-senang kau minta dengan cara murahan ni? Maaf! Inni akhofullah, saudara..

Cincin bertatahkan berlian yang berbentuk hati yang menjadi tanda pertunangannya dikucup syahdu dengan linangan air mata. Perlahan air mata yang mengalir itu di sapu dengan belakang tangan. Beg sandang di capai. Permulaan hari sebagai tunangan orang. Bismillahi tawakkaltu..

***
Aimy menunduk lagi dan lagi. Sedar dengan pandangan tajam seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Bukannya dia mahu berburuk sangka, tapi dari tadi tengok orang macam nak tembus dinding ni kenapa? Buat orang tak selesa nak makan je.

Akhirnya lelaki itu bangun dengan pinggannya yang masih berisi nasi dan lauk. Mungkin nak pindah tempat lain. Aimy melepaskan nafas lega. Sangkanya ketenangan ini miliknya, tetapi jantungnya kembali luruh apabila lelaki itu menuju ke tempatnya dan selamba menarik kerusi bersebelahan dengannya. Tersentak. Tak dapat dikawal ekspresi wajah yang sedang amarah. Melampau. Ini perbuatan yang terlalu melampau.

Aimy mengemas nota-nota ringkasnya ke dalam beg. Mujur makanannya sudah dihabiskan. Pantas lelaki itu menarik dan memeluk beg sandangnya tanpa rasa malu dan bersalah.

“Maaf. Ana ada hal sekarang ni. Kenapa nak ambil beg ana pulak?” bernada keras. Wajahnya pasti merah padam disebalik purdah yang dipakai.

“Saja.. setahu ana, lepas ni anti tak ada kelas tau. Jadi tak ada sebab untuk anti larikan diri daripada ana. Mungkin anti tak kenal ana, tapi ana amat mengenali anti.” Senyumannya menambah rasa sakit hati di benak Aimy. Disimbahi rasa itu dengan istighfar.

“Anti ni macam tak kenal ana lagi. Cuba perhatikan muka ana ni betul-betul, renung dalam-dalam. Mustahil kalau anti tak kenal..” lelaki itu masih merenung Aimy.

Berkecamuk. Rasa nak menangis je. Kenapa wujud lelaki macam ni? Tak faham ke perbuatan dia ni boleh timbulkan fitnah?

“Sudahlah, ustaz. Ana tak kenal anta dan tiada keperluan untuk mengenali. Tolong jangan ganggu ana lagi. Mohon pengertian yang ana tak suka!” Aimy balas dengan suara yang sedikit tinggi.

“Amboi.. garangnya. Dari dulu sampai sekarang masih garang lagi rupanya. Hehe.. Ana Aslam, sekolah dengan anti dulu. Betul tak ingat?”

Aimy tersentak. Dia ni rupanya. Yang mencampakkan aku dalam dilema dulu. Bukan tidak ingat nama itu, tetapi insannya tidak dipandang mukanya dengan jelas. Dia ni masih jugak nak ganggu hidup aku walaupun dunia persekolahan dah berlalu?

Mata Aimy meliar memandang sekeliling. Khuatir menimbulkan fitnah. Maklumlah, ini dewan makan yang sesak dan lelaki ini mencuri ketenangannya saat dia tiada peneman. Tetapi mungkin lelaki ini lupa, dia bukannya lemah sedang Allah ada disisi!

“Maaf, tak kenal. Ustaz, sekali lagi ana tekankan.. jangan ganggu ana lagi lepas ni. Cukuplah maruah ana seolah-olah dipijak dengan perbuatan anta. Satu teguran ana nak cakap, walaupun tanpa niat ana nak menyakiti anta. Mahukah anta jika ditakdirkan tika ini bakal permaisuri hidup anta yang anta tak kenali datang menghampiri seorang ajnabi dan merayu meraih cinta dan perhubungan yang sah tanpa halal dan keizinan Allah? Dia merayu tanpa memikirkan maruahnya yang sedang dalam gadaian. Kalau adik perempuan anta sendiri buat macam tu, bangga ke anta menjadi mahram dan walinya? Suka dengan perlakuannya tu? Kalau anta mahu berdampingan dengan insan yang menggadai rasa malunya demi cinta dunia, silakan kejar ana dan terus seksa hidup ana. Sedangkan anta sendiri dibesarkan dalam suasana tarbiyyah. Mustahil anta masih tak faham prinsip ana. Ana nak anta tahu, hati ana kuat pertahankan hak ana. Ana dah bertunang! Ana bahagia walau tak kenali dia. Ana tenang dengan hubungan ini bila dapat tahu dia tak lupakan ibu ana, tak lupa untuk sentiasa bertanya khabar wali ana. Itu lebih berkat daripada dia terus menagih perhatian daripada ana. Asifni ustaz. Mohon pengertian..” panjang lebar Aimy meluahkan rasa yang terbuku dihatinya.

Perlahan Aslam menunduk. Malu dengan Aimy dan dirinya sendiri. Kepalanya seolah-olah dihempap dengan batu yang besar. Sakit dan perit. Dengan rasa bersalah, dia meletakkan kembali beg sandang Aimy di atas meja.

“Maa.. maafkan ana..” gagap menyusun ayat yang tak terluah.

“Tak apa, ana tak simpan amarah. Ana harap anta faham.. Assalamualaikum.” Terus berlalu pantas tanpa menoleh lagi.

Dan Aslam masih terpaku di situ. Merenung kelekaan dan kealpaan diri. Maafkan aku, warah terlarang..

***

Sedar tak sedar, sudah empat tahun dia bergelar tunangan kepada Shafiyyah. Mengenali sepotong nama yang menarik. Pilihan ibu, bermakna pilihan Allah buatnya. Tetapi adakalanya akal jahat melampaui batas iman, berbisik untuk memutuskan pertunangan yang penuh adab ini. Yelah, sebagai lelaki kadangkala wujud keinginan untuk mengenali si dia dengan lebih rapat. Dalam erti kata yang mudah, sering berbalas mesej dan saling berhubung. Kalau tak kenal, buat apa nak teruskan. Ye tak? Allah.. bukannya mudah mujahadah ini. Jika perasaan yang entah dari mana itu muncul, pasti laungan istighfar menjadi peneman.

Nafas lelahnya dihembus perlahan. Beg galas diletakkan di atas meja tamu. Akil menepuk bahunya yang tidak sempat duduk untuk menghilangkan penat. Keningnya terangkat tinggi. Tiada hati untuk bertanya.

“Kau pehal ni muka monyok macam tempe kena langgar basikal?” bahu mujahid ditumbuk perlahan.

Mujahid membeliakkan mata. “Dah tak sayang mulut ek? Mana ada apa-apa. Aku okeylah..” melabuhkan punggung di sebelah Akil.

“Hmm.. yelah tu. Ingat mujahid, hikmah Allah melampaui mehnahNya. Walau payah mana pun nak membina istiqomah, ingatlah pada payahnya Rasulullah membina Islam. Kita ni cuma menikmati usaha dan jihad Rasulullah, kena sentiasa tajdid niat.”

Tertampar. Memang kena betul dengan aku yang sejak dua menjak ni ada masalah hati. Astarghfirullah.. hamba malu dengan kekasihMu Muhammad, ya Allah..

“Allah yubarik fik, Akil.. Aku leka...” Tayang muka sedih. Saja je nak emosional.

“Relaks ar, jangan layan sangat perasaan-perasaan tu. Eh Mujahid.. sebelum aku terlupa, tadi kau suruh aku cari tesis kita yang kau nak hantar minggu depan tu kan?” takut-takut mahu bertanya hal sebenar.

“Hmm?” kepala disandarkan di badan sofa.

“Err.. masa aku cari tesis tu dekat laci bilik kau, aku.. aku terjumpa sesuatu.”

Terus tegak duduknya. Terkejut. Baru teringat sesuatu. Matanya membulat menatap Akil.

“Asifni, akhi.. aku tak sengaja. Aku tak tengok pun gambarnya. Aku tahu ada gambar dalam tu, tapi aku tak sentuh pun. Memang ada niat nak tengok. Cuma sebelum tu aku baca surat dalam tu dulu. Bila dia kata dia titipkan gambar, tak jadilah aku nak tengok. Private kan.. Tapi maaf sangat-sangat, aku ingat sampul borang kaji selidik kita.” Bersungguh-sungguh Akil meminta maaf.

Mujahid terdiam lama sebelum mula bersuara. “Tak ada apa-apalah. Tapi aku harap, kau rahsiakan benda ni dari kawan-kawan yang lain ye? Kalau boleh, aku tak nak heboh dulu. Walimah nanti baru aku bagitahu.” Senyum nipis.

Akil lega mendengarnya. “Fuhh.. Alhamdulillah kau tak marah. Pandai jugak kau sorok ek?”

“Tunang je, malas nak heboh.”

“Dengan member sendiri kot…”

“Entahlah Akil.. Aku risau dengan diri aku ni. Semakin aku beristikharah, semakin kerap wajah orang lain yang muncul. Aku pun tak faham kenapa dia yang aku selalu ingat tiap kali berdoa. Padahal aku doakan kekuatan perhubungan aku dengan tunang aku, bukannya dia.” lemah membongkar rahsia hati.

“Astarghfirullah Mujahid.. aku risau pulak dengar kau cakap macam tu.”

“Kan? Aku pun tercari-cari jawapan istikharah ni. Tapi aku selalu jugak ingatkan diri, ini semua hasutan. Aku tak boleh leka dengan mengingati dia yang belum tentunya yang halal buat aku. Aimy dengan Shafiyyah, dua-dua aku yakin ketaatan mereka pada Allah. Yang aku risaukan, diri aku ni. Ya Allah..” rambutnya diramas kasar.

“Aimy dengan Shafiyyah? Orang lain-lain ke?”

“Hmmm..”

“Tapi tunang kau namanya Aimy Shafiyyah kan?”

Terpempan.

***

Assalamualaikum w.b.t..

Ustaz Al-Mujahid.. pertamanya, maaf sebab tidak tahu bagaimana untuk berta’aruf dengan ustaz. Buat masa ini mungkin tiada keperluan lagi untuk kita berhubung. Ana harap ustaz faham. Kedua, bersama nota ringkas ini ana titipkan gambar ana tanpa purdah. Hak ustaz jika mahu memutuskan khitbah ini apabila usai melihatnya. Tetapi mohon ia dilakukan dengan adab hikmah sebagaimana Tsabit Rijal menceraikan zaujahnya yang keberatan menerima parasnya. Jika sebaliknya, ana harap gambar ini tidak menjadi satu kelekaan buat ustaz. Ana amat khuatir jika perkara itu berlaku. Yang ketiga, bolehkah ustaz titipkan biodata lengkap di email ana? Nanti ana akan emailkan biodata ana juga. Serasanya itu saja buat masa ini. Wassalam. Sirru‘ala barakatillah.

:: Aimy Shafiyyah Abdillah ::
(mawarterlarang@gmail.com)

Berkali-kali warkah itu dibaca. Dan berkali-kali juga dia membuat kepastian apabila melihat gambar tunangannya itu. Dadanya berdegup pantas melebihi had yang sepatutnya. Wajah diraup kasar.

“SubhanAllah. SubhanAllah. Allahuakbar Mujahid.. biar betul semua ni?” monolog sendirian.

Perasaan terkejut masih tidak hilang. Apa yang aku nak buat ni?

Haaa.. ummi!

***
Berdebar-debar saat melihat sanak saudara terkejar ke sana dan ke sini untuk memastikan persiapan majlisnya berjalan lancar. Diluar, sedang berlangsung acara pernikahan. Terdengar suara tok kadi yg member penerangan kepada Ammar, selaku walinya. Sebak didada, hanya Allah yg tahu apabila dia akan dinikahkan oleh abangnya. Tersapa-sapa wajah ayah yg penuh ketenangan diruang mata. Air mata yg mengalir diseka. Risau jika ada yg melihatnya menangis. Pintu biliknya terkuak.

“Ibu…” Pantas tangan ibunya diraih. Mereka mengambil tempat dibirai katil.

“Fi.. Lepas ni, Fi bukan lagi tanggungjawab ibu..” Saat ini yg paling dia tidak suka, saat hatinya berat untuk meninggalkan ibu. Bukan meninggalkan dalam erti jasmaniah, tetapi rohaniahnya masih memerlukan ibu..

“Ibu janganlah cakap macam tu..” Air mata yg mahu mengalir, cuba ditahan. Mata sepet ibu direnung dalam.

“Fi.. Ingat tak kisah Ummu Salamah? Muslimah unggul yg membuka ruang perubahan pada calon suaminya, Abu Thalhah. Sejarah mencatat, Abu Thalhah yg bukan Islam akhirnya menjadi mujahid dakwah. Tetapi, suami Fi bukannya Abu Thalhah.. Dia seorang pejuang agama, pembela nasib orang yg dianiaya. Katanya, untuk menjadi seperti Al-Farouq, perlukan kekuatan dan sokongan. Jadi, iringilah langkah perjuangannya Fi..

Isteri yg taat menjadi tunjang kekuatan buat suami, jadikan suami sebagai sumber inspirasi dan motivasi untuk sentiasa berlumba-lumba ke arah kebaikan. Terapkan usrah dalam keluarga, supaya lebih mudah untuk berbincang dan berkongsi cerita. Modal utama untuk menjadi inspirasi solehah buat suami, keyakinan diri, kesiapan untuk berubah, karakter dan keteladanan yg baik buat jenerasi hadapan dan betapa kuatnya tautan kita pada Allah.

Dalam berumahtangga, bukannya satu mainan. Perlukan kekuatan, ketabahan, perjuangan.. Fi, Rasulullah bersabda : Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yg lain dengan bertaqwa kepada Allah (Hadis riwayat Baihaqi dari Anas bin Malik). Perkahwinan itu himpunan, tuntutan syariat, sunnah Rasulullah.. Sahutlah seruanNya! Ibu tau, dia suami yg soleh buat Fi..” Puan Salina tersenyum. Memberi kekuatan buat Aimy yg sudah basah dek air mata. Sebak, terharu! Syukran jazilan, ibu…

Riuh rendah dibalik pintu menghentikan perbualan mereka. Aimy berdebar. ‘Aik..aku dah dinikahkan ke? Ya Allah! Tak sedar..’ Hatinya bernyanyi sendiri. Irama apa, sudah dilupakan. Apa yg dia risaukan, bakal suaminya. Saat tok kadi bertanyakan persetujuannya tadi dan meminta dia menandatangani borang pengakuan, dia dikejutkan dengan nama bakal suaminya. Seperti biasa didengari..

Pintu bilik dibuka dari luar. Saat Mujahid melangkah ke dalam bilik itu bersama Dr.Masyitah, riuh sebentar suasana dengan suara saudara-mara yg mengikuti mereka. Pabila wajah sang suami menyapa pandangan mata, Aimy terkejut. Matanya membulat. Mimpikah ini?

***
“Awak, nak tengok bulan tak? Jomm..” Fattah tersenyum manis, menarik  tangan Aimy keluar ke beranda bilik mereka. Mereka mengambil tempat di kerusi panjang yg sememangnya ada di luar.

“SubhanAllah! Cantiknya ciptaan Allah..” Bintang bertaburan, bulan penuh. Hebatnya kuasa Allah..

“Alhamdulillah..” Lembut Aimy bersuara. Dia masih dalam keadaan kekok.

“Awak malu erk? Haha.. merahnya pipi !” Fattah menggiat. Susah sungguh hendak membuatkan isterinya itu bersuara. Masih malu-malu.

“Biarlahh.. awak, nak tanya sikit boleh tak?” Wajah Fattah dipandang berani.

“Hmm.. apa dia?” Perlahan-lahan Fattah berdiri. Bersandar di balkoni. Menghadapkan tubuhnya pada Aimy yg masih duduk di kerusi panjang.

“Boleh kita berta’aruf(berkenalan) tak?” Aimy tersengih. Fattah tergelak.

“A’ah lah, kita belum berta’aruf ye? Kesian zaujah(isteri) saya, dia masih terkejut tengok zauj(suami) dia ni.. Ok, nama diberi Fattah Al-Mujahid bin Farid. Saya sebaya dengan awak, pernah bersekolah dengan awak, memegang jawatan sebagai exco bimbingan dan kauseling semasa di sekolah dulu, suka warna ungu, suka makan nasi goreng pataya, suka minum teh ais. Seorang yg tegas, sukakan debat, hujah, berbahas..haha.. Apa lagi ye?” Dia tergelak-gelak. Lucu dengan permintaan Aimy.

“Jahatnyaaa! Boleh pulak dia gelak-gelak. Sabar jelaahh..” Aimy memasamkan muka. Sengaja.

“Eleleleh.. Tunjuk comellah tu.. Awak, gurau jelah.. Kita tengah berta’aruf kan? Cepatlah, saya nak tau tentang zaujah saya yg cute ni jugak.” Tersengih mengusik. Laju dia bersila dihadapan Aimy. Hanya beralaskan lantai yang sejuk.

Jari Aimy perlahan-lahan mengetuk dagu. Memikirkan sesuatu. “Ismi(nama saya), Aimy Shafiyyah Abdillah. Umur 25 tahun, pensyarah di UM. Pernah bersekolah bersama dengan zauj saya ni, memegang jawatan sebagai prefect-exco dakwah dan tarbiyah. Suka warna ungu, suka makan kuey teaw tomyam dan air teh o ais limau. Saya seorang yg garang. Tak suka diganggu, tetap pendirian, pendiamlah kottt.. Ada apa-apa lagi ke?” Dia menayangkan barisan giginya. Tersenyum malu.

“SubhanAllah! Hebatlah dia ni.. Zauj dia baru nak buka firma guaman sendiri, dia dah jadi pensyarah rupanya. Ok, salam perkenalan ya zaujati..” Mukanya diseriuskan. Tangan dihulur, ingin bersalaman. Aimy terpinga-pinga. Dia menyambut huluran itu. Beberapa saat selepas itu, pecah ketawa kedua-duanya.

“Ya Allah.. awak ni merepek je kan? Kalau dulu, tegas sungguh! Itu apa yg saya nampak sebagai pemimpinlah.. Tapi, tak tau pulak dia ni sama macam abang Ammar, mengusik je kerjanya..” Bahu Fattah ditampar perlahan.

“Hmm, awak pun samaaa..” Fattah cuba berteka-teki.

“Apa yg samanya?” Berkerut-kerut dahi Aimy. Hmm, ni mesti dia nak usik aku lagi. Heee!

“Biarlah rahsiaaa..”

“Cehhh!” Aimy berdiri. Penat duduk di atas kerusi. Fattah menyusul, berdiri menghadap langit yg luas.

“Awak.. kenapa awak terima saya? Masa umi bagitau awak yg dia nak pinangkan saya, awak memang tak kenal siapa Shafiyyah tu ke?” Perlahan Aimy bertanya.

 Perkara ini yg sering menghantuinya sejak mereka dinikahkan awal pagi tadi. Semasa pertemuan pertamanya dengan bakal suaminya. Hanya Allah yg tahu betapa terkejutnya dia saat Fattah masuk ke dalam biliknya, untuk sesi pembatalan air sembahyang.

Fattah terdiam sebentar sebelum mula berbicara. “Pada mulanya memang amat payah untuk mencari jawapan pasti. Saya tak tau pun siapa Shafiyyah, yg ummi sayangi tu. Bila ummi cakap yg dia nak pinang awak, takut jugak. Sebab masa tu saya kan masih belajar, dekat Perth lagi. Sejujurnya, istikharah saya tidak berkeyakinan memilih Shafiyyah…” Terhenti mencari kekuatan membongkar rahsia hati. Dia menatap sayu mata Aimy yang berkaca saat dia menuturkan sedemikian.

Aimy menelan liur mendengar bicara Fattah. Sabarlah duhai hati..

“Sebab istikharah ini milik Aimy…” Fattah senyum. Aimy tak keruan.

“Masa nak bertunang, beberapa hari saya minta pada Allah, akhirnya jawapan tu Dia beri. Saya sangat yakin, Allah beri awak untuk saya walaupun dalam hati membaja iman dan kekuatan melupakan Aimy. Allah.. masanya dah tiba bila akhirnya saya ditunangkan dengan awak, tanpa saya ketahui siapa bakal isteri saya, siapa nama penuh dia. Yg saya tahu, dia anak kawan ummi. Nama dia Shafiyyah, budaknya sopan, baik, menjaga maruah diri. Itu je yg ummi bagitau. Masa hari raya pada tahun tu, ummi poskan baju raya yg ummi jahit. Sebab saya tak balik raya. Ummi cakap, ummi hantar gambar awak sekali. Bila nampak ada sampul surat yg ummi selitkan, saya tau yg tu mesti gambar awak.

Awak tau tak, enam tahun saya simpan sampul surat tu. Saya tak kuat nak buka, takut lemah iman pulak tengok bakal zaujah saya. Walaupun sebagai tunang, saya ada hak nak tau dan tengok siapa bakal zaujah saya.. Tapi.. yelah, study dekat Perth adalah dalam lima tahun lagi, takut tak fokus study pulak nanti. Semester akhir, saya beranikan diri untuk buka bila bocor rahsia dengan housemate yang saya dah bertunang.

Awak tau tak, bila buka je sampul tu, terkejutnya saya hanya Allah yg tahu. Allah dengar doa saya beberapa tahun lepas. Allahuakbar! Saya sujud syukur terus. Alhamdulillah, pilihan Allah tu tepat. Saya call ummi, ucap terima kasih. Ummi pelik je dengan anak dia ni. Ingat anak dia demam kott. Saya tak sabar nak balik Malaysia time tu. Ya Allah, bahaya betul hasutan syaitan ni..” Firash menghela nafas lega. Dia tersenyum.

Akhirnya terluah juga isi hatinya. Dengan cara yg halal. Selama ni, pada Dia rahsia hati itu diadu. Mata Aimy direnung. Sukar ingin menggambarkan perasaannya. Hanya Allah yg tahu.

Aimy terdiam. Selepas beberapa saat, dia bersuara. “Awak, perjalan hidup kita penuh rahsia. Awak dan saya, masing-masing tak tau. Hanya Dia, yg takdirkan segalanya. Saya pulak, dipinang masa umur 19 tahun, memang mengejutkan! Tak ada dalam perancangan, nak tunang awal. Tapi, Allah lah yg sebaik-baik perancang kan..

Lagi haru, kakak dan abang belum kahwin lagi. Ibu pun tak ada calon lagi untuk kak Ila dengan abang Ammar masa tu. Masa hari pertunangan, segannya jadi bahan usikan saudara mara. Adik bongsu, lepas SPM terus nak kahwin.. Haha.. semua mengusik sampai naik merah pipi ni. Awak, masa kak Ila bagitau yg ada orang datang pinang, sedih sangat. Sebab ingatkan ada orang nak permainkan saya, pinang saya guna akak, bukannya ibu atau abang Ammar. Memang akak tu anak sulung, sekurang-kurangnya jumpalah ibu dengan abang Ammar. Barulah gentle kan?

Rupa-rupanya, Dr.Masyitah yg pinang. Akak cakap tak habis, buat saya risau dan tak boleh tidur. Esoknya baru ibu cerita. Berapa hari buat solat istikharah, akhirnya Allah bagi jawapan. Saya mimpi ayah datang, ayah tersenyum. Ayah kata, dah tiba masanya saya dijaga oleh bakal pembimbing pilihan ibu. Ayah kata, ibu dah buat yg terbaik, jaga kami tanpa ayah. Ayah nak saya contohi ibu, jadi isteri solehah, yg taat pada suami, bertanggungjawab, pegang amanah yg Allah beri dengan tabah.. Ayah kata, dia bangga dengan ibu dan kami.. Sedihnya masa tu, hanya Allah je yg tau. Rindu sangat pada ayah.

Saya terima pinangan tu dan redhakan bahawa satu hari nanti, hati ini akan dimiliki oleh bakal zauj saya, pilihan Allah buat saya.. Bila ibu cerita yg awak belajar dekat luar negara, terkejut jugak saya. Maknanya, tujuh tahun saya kena pertahankan hubungan kita. Saya teruskan pertalian kita tanpa kenal siapa awak, selain daripada sepotong nama, Al Mujahid.. Yg saya tau, awak belajar dekat Perth, Law students..

Ibu dan ummi tak pernah cerita yg kita satu sekolah. Abang dengan kak Ila pun sama. Pandainyalah semua simpan rahsia. Saya pulak, malu nak tanya. Tapi, Alhamdulillah jugak saya bertunang awal. Semua tu ada hikmahnya. Allah nak jaga saya, Dia sayangkan saya.. Tujuh tahun tu bukannya masa yg pendek.. Banyak gangguan yg saya terima daripada lelaki-lelaki yg tak ada rasa malu, meminjam nama Allah demi menarik seorang wanita yg lemah dalam jerat cinta palsu mereka. Hanya dengan sebentuk cincin dan kekuatan doa, saya katakan yg hati ini milik Allah. Dan Aimy Shafiyyah milik bakal zaujnya. Ada jugak yg tanya, siapa tunang saya. Saya diamkan je. Sebab tak tau nama penuh awak. Nak tanya ummi, maluu.. hihi..” Aimy tersenyum sendiri.

Mereka sama-sama mengimbau kenangan lalu. Kenangan ‘bisu’ mereka. Mereka kenal sesama mereka, tetapi tidak mengenali. Hmm, Macam mana tu?

“Aimy.. Saya tau, awak masih dalam keadaan terkejut kan dengan cerita kita ni? Perkahwinan itu adalah kesatuan, sunnah Rasulullah.. Sebagaimana Baginda bersabda dan diriwayatkan oleh Hakim dan disahihkan oleh syarat-syarat Muslim : Tidak ada yg boleh dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yg saling mencintai seperti halnya pernikahan. Saya harap, remaja bertaqwa lebih mengutamakan cinta padaNya sebelum cinta pada pemilik nafsu semata..”

“Amin ya Rabb.. Awak tau tak, kita boleh buat ceritalah kisah kita ni.. Jadikan teguran buat remaja, bahawa cinta monyet tanpa landasan syariat tak tentu lagi berhasil jika tiada redhaNya. Sekarang ni, ramai yg berpendapat bahawa cinta mereka tulah yg halal, ala-ala islamik.. Tapi, mereka lupa kuasa Allah. Fi ada seorang pelajar ni, dia ada masalah perasaan. Dia cakap, dia tak boleh lupakan pakwe lama dia walaupun dia tahan hati, mahu berubah. Saya tanya, kenapa sampai macam tu sekali. Patut pun, setiap malam dia biasakan diri bergayut dalam telefon dengan pakwe dia tu. Alah bisa, tegal biasa.. Lama-lama, jadi rutin.. Bila dia tinggalkan benda tu, tercari-cari pulak jadinya. Kesian kan? Aimy suruh dia taubat nasuha, mohon padaNya.. Dan mintak maaf sekali dekat bekas kekasih dia.. Dunia remaja, penuh dengan penipuan dan hiburan..” Penuh semangat dia bercerita.

 Fattah terangguk-angguk.
“Awak perasan sesuatu tak?” Aimy dipandang dari arah sisi. Senyuman dihadiahkan.

“Apa dia?” Wajahnya kelam.

“Antara kita berdua, ada perantara.. Ummi jumpa awak di hospital, dan terpaut hati pada awak. Dalam masa yg sama, ummi tak tau saya satu sekolah dengan awak. Kak Ila, awal-awal dia chop saya. Masa saya dah jadi tunang awak, dia selalu hantar note tentang awak, khabar awak. Kadang-kadang saya pelik jugak, dia macam kenal saya je.. Tapi tak pulak bagitau siapa awak yg sebenarnya. Dan kita, sama-sama budak  ice-cold dekat sekolah. Dalam kesibukan tarbiyah dan bimbingan kepada remaja yg tak faham apa erti ikhtilat antara yg bukan mahram, sebenarnya ada perantara yg lagi hebat. Iaitu DIA…”

“Ha’ah kan.. sama-samalah kita berdoa, moga Allah redha kita dalam tautan pembinaan diri ini..” Mereka berbalas senyuman. Pada mata itu, bicara cinta semakin marak subur demi membina ketaatan bersamaNya.

Antara Aimy dan Fattah atau Shafiyyah dan Mujahid, masing-masing ada rahsia cerita mereka. Jika syariat diutamakan, kuasa doa menjadi bukti cinta. Pada Al-Khaliq diadu semua rasa, kerana mereka yakin bahawa kuasa Allah meliputi segalanya. Tidak terbatas dan pengharapan diberi dengan doa, bukan mainan cinta zaman remaja yg akan mengelabukan mata mereka. Dia yg memegang rahsia, Dia jugalah yg menjadi perantara..


No comments:

Post a Comment