Carian

Apa yang ada?

Oct 29, 2013

Musytaq ilaikuma, Ummi wa Abi :)

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
Hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
Bila terkenangkan wajahmu

Ayah Ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

"Adik.. kenapa ni? stress belajar? ke rindu mak abah..?" masih terngiang-ngiang lagi pujukan Kak Eyqa tika kedengaran aku menangis teresak-esak dicorong telefon bimbitnya. Walaupun sejujurnya tika itu rindu pada mak abah bukanlah menjadi masalah utama aku, tetapi benakku terusik bila dia mengajukan pertanyaan tersebut dengan suara yang amat prihatin.

Allah.. lepas tu boleh pulak dengar lagu Devotees - Aku Merinduimu untuk hilangkan segala duka. Tapi mak abah cuma pergi Mekah je, aku dekat sini dah rasa lost semacam. Iyalah, hari pertama exam 6/11/13 nanti tanpa mak abah. Tak dengar doa2 yang sangat hikmah daripada kedua-duanya. Sabarlah duhai hati. Kau lebih bernasib baik kerana masih punyai mak abah, walaupun mereka tak berada disisi pada hari perjuangan nanti. Ingat selalu pesan mak abah kan?

Bukan mudah untuk mujahadah dengan keadaan diri yang jatuh bangun. Tetapi itulah petanda Allah menguji sesuai dengan kesanggupan kan? Kalau tak istiqomah, macam mana nak teruskan harapan mak abah untuk tengok diri ini berjaya meraih impian murni? Shahidah.. kalau rasa semangat jatuh dengan mehnah Ilahi, ingat satu benda je iaitu kau belajar bukan untuk kelihatan hebat pada pandangan masyarakat, tetapi untuk memberi hasil pada generasi hadapan kan?

Hebat pada pandangan Allah itu melebihi segalanya. Jadilah luar biasa disebalik yang biasa. Bila terasa sesak, mengingati wajah mak abah pun boleh jadi miracle kan? Sebab redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Bukankah zikrullah itu adalah syifa'ul qolbi? Nah. Allah berikan perantaraNya iaitu mak abah yang menjadi tunjang kekuatan untuk terus berdiri. SubhanAllah.. Syukran jazilan mak abah sebab beri 'sesuatu' yang tak terkata dek bicara semasa ketiadaan kalian tika diri ini bakal bertempur di medan perjuangan. Wajah kalian menjadi pengubat buat rasa yang tak terungkap ini.. :')

*RINDUMAKABAH*

No comments:

Post a Comment