Carian

Apa yang ada?

Oct 6, 2013

Hadiah Dari Ilahi

Alkisahnya begini..

Tahun ni saya mula rapat dengan adik-adik. Maklumlah, tahun lepas kan tahun pertama masuk SMIF. Jadi tak rapat sangat dengan adik-adik. Hinggalah tahun ni… macam-macam rasa kami kongsi dengan adik form 4. Sedih, kecewa, gembira, gila-gila, luahan rindu dan lain-lainlah.. 

Sebab kami tahu, adik2 ni sentiasa ada bila kami perlukan mereka. Mereka menjadi tunjang kekuatan buat kami, saat jatuhnya kami dalam dakwah. Mereka tak pernah lupa untuk topupkan iman kami dengan kata-kata hikmah yang sangat membina. Allah.. tak terduga kau hadirkan bidadari-bidadari syurga penyejuk hati itu buat kami suburkan laungan dakwah ini.

Tautan kami saban hari semakin erat disuburi pelbagai tingkah. Setiap orang ada gaya, penarik, sifat dan tingkahnya yang tersendiri. Begitu jugak yang ada pada adik-adik saya tu. Mereka semua mempunyai warna diri yang membuatkan saya selalu tersenyum sendiri. Yang seorang ni gila-gila, suka cakap lepas dan tegas tapi…. Jujur rupanya. Wajar dia meluahkan segala rasa sama ada suka atau berbaur luahan tidak kepuasan hatinya. Lebih baik daripada hipokrit dan hanya menyimpan sendiri tanpa menemui penyelesaian kan? 

Yang sorang ni pulak, alahai naif dan sopannya adik saya ni.. Tetapi awas! tegas, petah dan bertanggungjawab orangnya. Hmmm.. macam-macamlah ragam depa ni yang buatkan saya tenang je.. Dan.. yang lagi mengejutkan bila Allah hadiahkan saya seorang adik yang sangat-sangat ambil berat. Bila saya susah hati, seolah-olah ada daya pujukan dari tangannya yang memegang erat tangan ini. Syahdunya bila matanya bertanya keadaan saya tika itu walaupun bibirnya tidak meluahkan. Hinggakan satu hari ni, tanpa sengaja saya meluahkan tangisan di hadapan adik-adik saya semua. Tak sengaja pun sebab rasa ni dah terlalu membuku dalam dada.

Prihatinnya dia mendekati saya beberapa hari selepas itu dan setiap kali jumpa, mesti dia akan salam+peluk dengan muka excitednya macam dah lama sangat tak jumpa. Padahal hari-hari kami jumpa. Hee.. sweetnyalah dia..

Sejak daripada tu, kami mula rapat. Dia selalu kirimkan warkah dan warkahnya yang pertama mengundang debaran hati. Opss.. jangan ingat hubungan antara lelaki dan perempuan bukan mahram tu je yang sweet sangat! Terbukti ukhuwah dalam jemaah ini lebih manis dan sentiasa mengasyikkan dalam tautanNya. Tak percaya? Cubalah berukhuwah dulu, baru tahu asam garamnya.. 



Warkah itu, perlahan saya buka. Debaran hati hanya Allah yang tahu bila mengenangkan coretan demi coretan yang adik tersayang coretkan. Nah. Benar jangkaan atma ini. SubhanAllah! Kata-katanya sangat puitis dan buatkan saya sentiasa berendam air mata bila membacanya. Makin hari saya mendekatinya, makin banyak yang tak terduga dihidang olehnya. Saya sangka dia sentiasa gembira je, rupanya hanya Allah yang tahu betapa tabahnya dia membina diri.

Saya belajar banyak benda dari dia. Kadangkala kita tak sedar yang kita ni lupa diri tentang hakikat hamba. Allah menguji sesuai mengikut kesanggupan hambaNya. Jadi, jangan patah semangat bila dijentik dengan mehnah. Ada orang yang lebih perlukan kita saat jatuhnya dia. Kita ni hak orang lain, bukan untuk diri sendiri. Begitulah yang saya lihat dalam diri adik saya tu.

Antara kata-katanya yang sempat saya simpulkan, selagi termampu untuk tersenyum, dia akan terus tersenyum walaupun kadangkala terjentik dibenaknya, “bila waktu yang sesuai untuk aku menangis?” Ya Allah.. panar hati ini bila dia kata, dia tak tahu bila dia boleh menangis sepuas-puasnya. Pagi-petang, risau ada yang bertanya. Malam pulak, khuatir disalah ertikan oleh adik-adiknya barangkali. Dia kata, dalam hidup ini mestilah ada ujian dan dugaan dari Allah.. Tapi Alhamdulillah, Allah Maha Adil bila dia selalu disajikan dengan keriangan orang lain.

Allah.. puas sudah saya baca coretannya tu. Saya malu. Sangat malu bila saya ‘dapat’ bazirkan masa untuk menangis. Hanya menangis! Tetapi dia? Tiap detiknya sangat berharga untuk bahagiakan orang lain. Asifni ya Ilahi.. kerana terlalu sombong menggunakan banyak zat diri hanya untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Terhenyak.

Semenjak dari tu, saya belajar… belajar tersenyum dalam ujian. Indah.. sangat indah tiap kali saya teruji, Allah hadirkan dia yang akan datang dan selalu tersenyum untuk ingatkan saya, saya masih ada Allah.. Alhamdulillah, Allah anugerahkan dia dan mereka yang sangat memahami tika diri penuh lelah dihambat fitnah. Syukran jamman, adik-adikku.. Inni uhibbukunna fillah.. Sesungguhnya rasa sayang dan cinta ini hanya Allah yang tahu. :’)

*Ma'attaufiq wannajah fil imtihan, adik-adikku..

No comments:

Post a Comment