Carian

Apa yang ada?

Showing posts with label Bicara Kata. Show all posts
Showing posts with label Bicara Kata. Show all posts

Jun 27, 2014

Rindu Ramadhan

Ramadhan yang barakah..
Kau uji iman juga kekuatan diri,
Sekental mana cintakan Ilahi,
Seteguh apakah sunnah ku ikuti..

Ramadhan al-kareem..
Hadirmu menggamit rinduku pada Muhammad Al-Mustofa,
Ku imbasi sejarah Islami,
Badar al-kubro rasulku sertai,
Makkah Al-Mukarramah rasulku tawani,
Bebaskan jajahan patung yang disembahi,
Hingga kini nikmat perjuangan itu ku hayati,
Tidak lut dek kemodenan duniawi..

Ramadhan Al-Mubarak..
Kedatanganmu membongkar insaf diri,
Lapar dahaga bukan penentu ke'abidan diri,
Pandangan juga kata perlu diawasi,
Kerana gapaian utama itu redha Ilahi..

Ku pohon dgn penuh kesyahduan,
Ramadhan yang awalnya rahmat,
Pertengahannya keampunan,
Dan pengakhirannya pelepasan dari api neraka..
Buat diri yang penuh dosa,
Kedatangannya mengajar erti kesabaran,
Tentang pengabdian yang tiada pengakhiran,
Pada Dia Allah yang satu..

***

Alhamdulillah..terhasilnya sajak ini dari garapan idea juga kritikan hebat kakak fillah, Hazarina Safa.. :)

Jan 5, 2014

Cinta Hakiki



Cinta Ilahi,
Cinta hakiki..
Cinta manusia,
Cinta sementara..

Pohonlah cinta kepada Allah,
Hilang tempat pergantungan,
Masih ada Dia untuk minta perhatian,
Bergantunglah hanya pada Allah..

Apabila sudah mendapat cinta hakiki,
Cinta dan perhatian itu akan terus disebari,
Kepada semua manusia,
Walaupun terpaksa berkorban dan terluka..

Hanya Dia..
Yang layak memiliki cinta kita,
Yang layak memberi cinta,
Kepada kita semua,
Makhluk yang tidak berkuasa..

Kejarlah cintaNya,
Tinggalkan cinta fana,
Cinta Dia kekal selamanya,
Cinta di dunia hanya sementara..

Beratnya ujian tidak akan terasa,
Hanya nikmat ujian dariNya akan dirasai,
Tika kejarkan cinta hakiki,
Sentiasa tenang dalam keagungan cintaNya..

Coretan pena : Adik Asrar Aisyah

Tekad Untukku Mencari Cinta Hakiki



Dulu,
Adab dengan Tuhan tidak diambil kira,
Solat tidak terbela,
Aurat tidak dipelihara,
Ikhtilat tidak terjaga,
Nafsu menjadi raja,
Begitulah aku..

Perubahan, keinsafan..
Itu yang aku perlukan,
Pendidikan dan kesedaran agama,
Perlu dititikberatkan,
Rohani juga perlu diisi,
Ilmu perlu sentiasa dicari..

Kini,
Saat cinta hakiki tidak dipeduli,
Cinta insani yang dikejari,
Imej telah dikemaskini,
Namun nafsu dan hati,
Tidak pernah dibajai..
Kurangnya kesedaran dalam diri ini..
Dengan pendedahan keagungan Cinta Ilahi..
Cukup hebatkah diri ini?

Harapanku mulai saat ini,
Inginku kejar cinta Ilahi,
Akan ku pelihara hati ini,
Untukku menjadi hambaMu yang sejati,
Inginku ‘istiqomah’kan diri,
Bagiku pertingkatkan diri ini,
Menuju syurga Firdausi..

Dipohon kekuatan dari Ilahi,
Agar ditabahkan hati ini,
Menempuh mehnah duniawi,
Menggapai ukhrawi,
Mardhotillah sentiasa ku dambai,
Maghfirahhu akan sentiasa ku cari,
Dalam setiap sudut hidup ini..

Bangkitlah Manusia!



Oh manusia,
Hanya malu sesama kita,
Tidak malu pada Yang Maha Esa,
Hanya fikirkan dunia semata-mata,
Tidak berjihad untuk ke dunia seterusnya..

Insan tika ini,
Sering lupa diri,
Lupa akan kewujudan ukhrawi,
Hanya mengambil kira pandangan insani,
Tidak menitikberatkan pandangan Ilahi..

Sedarlah wahai manusia,
Bangkitlah menuju Sang Pencipta,
Dari Dia engkau diwujudkan,
KepadaNya juga kau dikembalikan..

Sungguh..
Dunia ini hanya sementara,
Akhirat sana kekal selamanya,
Jauhilah dirimu dari melakukan dosa,
Kutiplah pahala sepanjang masa,
Jadikan al-Quran sebagai pegangan,
Juga as-Sunnah sebagai ikutan..


Hasil Nukilan : Adik Asrar Aisyah

Oct 5, 2013

Aku Yang Leka



Waktu itu..
Pertemuan seolah menghenti masa
Membisik diri ke arah damba rasa
Pada panahan durjana dunia
Kerana pada aku, tidak salah mencuba

Dia..
Hadir sekejapan membuka misteri diri
Huluran cinta bertaut tanpa kusedari
Rupanya aku yang tidak pernah merasai
Fana cinta duniawi ini
Hingga tidak kenal pada Ilahi

Tinta kita..
Metafora hatimu terlakar syahdu
Menenggelamkan aku pada khayalan palsu
Karam dan terus berkasih tanpa sendu
Terpatrinya janji nista kerna kau yang satu

Aku alpa..
Tika nusrahMu menyapa
Sesak dada menebak rahsia
Belang si dia terbuka seluasnya
Rupanya aku yang terleka!
Sebenarnya yang kucari bukan dia
Ahh.. Itu semua permainan dunia

Kini..
Kesal melata mengenang silam
Khuatir aku hanyut tenggelam
Aku anggap bagai tiada lagi semalam
Berharap hari esok bukannya kelam
Kerana aku kan ada Dia Tuhan seluruh alam

Maaf..
Cinta palsumu tak lagi ku terima
Aku tidak mahukan yang dusta
Silamku melambai membawa duka
Tika aku tidak lagi bersedia
Cukuplah hanya Dia
Ku ulangi, biarlah hanya Dia..

Andai..
Ada yang berani menyapa
Pada redha Ibu dan Bapa
InsyaAllah.. dia pendamping yang ku sapa
Tetapi istikharah ini milik siapa?
Kerana mimpiku tidak lagi berupa

Langkah..
Kuatur menggapai redhaNya
Saat terbuka segala hikmah palsu dunia
Manik jernih tumpah mengenang dosa
Tersedar pada dakapan hakikat cinta
Kau abadi sebagai Pencipta

Fitrah..
Manusia gemar membajai dosa
Tetapi tidak bermakna diri penuh noda
Ilahi.. sambutlah hambaMu yang hina
Kerana Kau Yang Maha Menerima
Kala taubat bergema menggetar sukma

Cukuplah..
Hanya si dia yang menyapa seketika
Tiada yang kedua mahupun ketiga
Aku tidak lagi dalam dunia gila
Yakin aku memanah cintaNya
Kerana pemilik cinta ini.. hanya Dia!

*Garapan daripada luahan seorang teman. Remember that, everyone deserve a future.. biiznillah :)

Jul 24, 2013

Teman.. Dengarlah Aku Berbicara












Teman..
Ku untai segala kata
Memujuk kau tundukkan mata
Jauhkan diri dari ronta rasa
Malah bajai imanmu juga
Yakinku anggap kau tiada dusta
Rupanya silapku jua
Kerna bukan kau yang terkena
Tetapi aku yang merana

Dia..
Hadir cuma seketika menghulur cinta
Tidak halal bahkan nista!
Anehnya kau memilih dia
Tinggal aku yang kontang tanpa jelas nyata
Perlahan ukhuwah kita kau persia
Lantunnya suara memilih dia
Tanpa kata kau berpaling padanya

Aku..
Sedih pedih terluka
Melihat kau hanyut dalam cinta
Mengapa semua ini yang kau pinta?
Munafiknya aku menahan lara
Wajarkah aku biarkan kamu berdua
Tanpa ku usahakan dakwah suruhanNya
Teganya kau memilihnya berbanding Dia
Sedang cinta abadi Allah yang punya

Kau..
Tangismu cuma manik rindu yang menyapa
Bila lama tidak menghargai Dia
Islahmu hanya seketika
Atmaku yang sesak menderita
Lelah menghulur hikmah bicara
Berkali kau jatuh dalam fana dunia
Maruahmu tidak lagi terbela
Berpegang tangan perkara biasa
Semua itu demi cintanya
Tidak serikkah kau berduka?

Aduhai..
Teman yang dahulunya setia
Payahnya untuk mendengar kata
Apalagi yang kau pinta?
Jelas dia itu pendusta
Masih dia yang kau puja
Lupakah pada pencipta cinta?

Tidak mengapa..
Kelak pasti kau mengerti jua
Bahawa cinta abadi itu milikNya
Hanya doa yang ku pinta
Tanpa malu memujuk Dia
Ilahi.. tunjuklah nusrahMu padanya
Hanya Kau yang tahu hikmah disebalik peristiwa..