Carian

Apa yang ada?

Aug 10, 2015

Puas?!

Aku tak tahu nak luahkan rasa ni macam mana.

Kadang2 rasa sangat lost, tapi ingat yg aku ada Allah. Ada Allah utk diadu semua perkara, saat tak ada tempat utk aku adukan semua.

Bukan tak ada insan yg bertanya, tapi aku rasa sangat bersalah andai aku bebankan mereka dengan keadaan aku. Zahirnya tenang, sihat dan tabah berdiri.

Hakikatnya aku insan yg luluh hatinya, kaku jasadnya saat tak mampu. Orang yg tak rasa, dia takkan faham keadaan ni.

Sebab tu aku ambil langkah berdiam, mencari alternatif perubatan yg ustaz ustazah sarankan.

Entah. Apa yg mereka mahu lakukan ke atas diri yg memang serba tak mampu ini?

Ingin dilupuskan segala anganan masa depan? Ya, aku nampak perkara itu hampir berjaya..

Ingin bantutkan gerak dakwah? Ya, aku semakin hilang taring tajamku sendiri..

Ingin menjadikanku seorang yg pendiam tanpa kata? Ya, separuh jiwa itu telah pergi.

Puas? Puas dengan semua itu?

Astarghfirullah al-azim.. maafkan hambamu yang hina ini ya Allah..

*Aching. Sick. Too many untold story.*

No comments:

Post a Comment