Carian

Apa yang ada?

Jul 15, 2013

Belajar Untuk Jadi Yang Terbaik



 
Bismillahirrahmanirrahim.. Salam ‘alayk antum semua!
Alhamdulillah wa syukrillah fi kulli ni’mah wa barakah warahmah..

Hela nafas ini masih Allah pinjamkan untuk terus taat menjadi hambaNya. Jari ini juga masih mampu menari di atas hamparan bisu. Alhamdulillah.. Entri kali ni bukanlah sebagai luahan rasa mahupun keluhan, tetapi mungkin berbaur harapan. Iya. Harapan untuk mencuba jadi yang terbaik.

Lumrah manusia mempersoalkan ketidaksempurnaan orang lain hingga terkadang tidak sedar kesilapan sendiri. Saban masa mahukan kesempurnaan dimatanya walhal tidak sedar ucapan di bibir melampaui batas hakikat makhluk itu Allah yang punya. Ketahuilah, Allah tidak memberikan kesempurnaan kepada setiap insan ciptaanNya kerana disebaliknya terkandung pelbagai hikmah yang jauh dari jangkauan akal kita.
Pernah tak mengalami situasi sebegini?

Di sekolah : “Kenapa korang asyik buat akak-akak ni tension? Dah banyak kali cakap jangan masukkan gambar yang auratnya tak sempurna dalam FB. Tak faham-faham ke?!” seorang kakak senior berang. Adik-adiknya hanya menunduk bisu, tak berani nak angkat muka.

Di tempat kerja : “Kenapa awak selalu buat silap je ha? Awak tak boleh ke jadi perfect sikit?! Nah ambik ni!” fail yang terkandung helaian-helaian kertas bersaiz A4 melayang tepat mengenai wajah.

“Saya nak, awak tiru macam yang dia buat. Cubalah jadi macam dia sikit. Pekerja contoh. Tak macam awak, kerja pun tak betul. Huh!”

Di rumah : “Kau ni kan masak pun tak tahu. Apehal sup ni masin sangat? Kau nak bagi semua orang kena darah tinggi ke?” ujar Khalil bernada keras.

“Alaa.. orang baru nak belajar memasak, memanglah ada yang tak kena.” Jawabnya lirih.

“Habis tu, kenapa kakak kau masak sedap je? Kau yang tak pandai masak.. Beza korang ni macam langit dengan bumi. Dia pandai, kau bebal. Segala sudut tak betul.”

Dalam persahabatan : “Kita tak boleh berkawan lagi. Aku tak suka orang sememeh dan kolot macam kau. Cuba kau up-to-date sikit. Kau tengok group sana.. dahlah pandai, cantik pulak tu. Huh! Babai….”

MasyaAllah.. Acap kali manusia itu dibeza-bezakan, diterokai silapnya tanpa belas dan bantuan. Perkara ini buatkan aku terngadah dan insaf sendiri. Mungkinkah tingkah aku selalu macam tu? Tidak berlaku adil dengan insan di sekeliling aku? Mungkin terutamanya di sekolah. Tingginya suara mempertahankan hukum, tapi tak endah perasaan orang lain. Memanglah kita ni kakak, pulak tu pegang tampuk kepimpinan tertinggi, mula dah nak naik tocang? Astarghfirullah.. Duhai diri.. belajarlah untuk menghargai dan menikmati kekurangan orang lain. Mereka juga sedang mencuba untuk jadi yang terbaik.

Allah menciptakan kita berpasang-pasangan, untuk saling melengkapi. Walaupun frasa tu biasanya digunakan untuk orang yang nak kahwin je kononnya, tapi sebenarnya ayat tu umum. Sedar tak kita bila kita mempertikaikan kesilapan dan kekurangan orang lain, sebenarnya kita mempertikaikan ciptaan Allah? Sedar tak?!

Jadi, sama-salah kita belajar jadi yang terbaik untuk saling memberi dan menerima. Kekurangan orang lain itu adalah aib, yang kita perlu tutup dengan kelebihan kita untuk menjaganya. Begitu jugalah dengan diri kita. Masakan semua orang itu lahir sempurna serba-serbi? Itu bukan tujuan kita saling berhubungan dengan orang sekeliling kita.

Kalau kita ni sempurna sangat, tak payah nak harapkan orang lain. Kita dah super power, tak ada kekurangan langsung, buat apa nak minta tolong pada orang kan? Fuhh.. memang silap. Kerana penciptaan manusia itu saling melengkapi dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Terutamanya dalam kelompok jemaah, usrah mahupun dalam ukhuwah. Iya, belajarlah untuk jadi yang terbaik dan menerima kekurangan orang lain sebagai tanda nikmat buat diri. Mungkin kelemahannya adalah kelebihan kita dan kelebihannya adalah kekurangan kita. Kan?

Ada orang yang pandai Math, tapi fail BM dan ada juga yang petah berbicara tetapi lambat mengira. Dilengkapi pula dengan anugerah Ilahi, sahabat yang cekap mengira tetapi pendiam orangnya dan sahabat yang hebat berkarya tetapi Math segan-segan lulusnya. Nah. Disitulah terbuktinya kemanisan berukhuwah, untuk saling melengkapi. Menegur diri tika salah, silap, leka dan alpa. Orang yang nak berjaya, perlukan nasihat dan teguran yang membina. Bukannya hinaan penuh nista.

Apa kata situasi tadi tukarkan menjadi sebegini?

Di sekolah : “Adik-adik semua, tolonglah agama Allah dengan menutup aurat. Ikhlaskan hati tu, bukan buat semata-mata kerana orang lain. Penghijrahan Ummu Qoys membuktikan bahawa Rasulullah sendiri mengakui jika berhijrah bukan kerana Allah, khuatir kita kembali kepada kejahilan. Memang boleh berhijrah kerana keduniaan, tapi niat takut salah. Jadi, berubahlah kerana Allah. Sikit-sikit, jangan paksa diri tu. Jangan risau, Allah ada sayangku..”

Di tempat kerja : “Kerja awak bagus, awak ada usaha yang tinggi. Cuma ada silap sikit dekat bahagian ni. Awak kena perbetulkan bagi lagi molek dan comel. Alah, small matter je.. Awak boleh buat punya! Hihi..” tersenyum sembari menghulurkan fail miliknya.

Di rumah : “Adik, sup ni sedap.. Sedap sangat! Tapi, TERmasin sikit pulak rasanya.” Tutur Khalil dengan senyuman membina.

“Iya ke? Alaa.. macam nilah orang baru belajar. Kesian abang kena makan sup masin.”

“Takde hallah.. kalau nak buat sup yang power, esok abang ajar ye?” usulnya dengan sengihan.

“Betul ni? Yes! Alright bro, esok kita letupkan dapur. Hehehe.” Sengih lebar.

Dalam persahabatan : “Maafkan aku sebab aku bukannya sahabat yang baik..” ujarnya lirih.

“Eh. Kau merepek apa ni? taklah.. Kau sahabat aku till jannah tau. Sahabat tu cerminan diri sahabatnya. Kalau kau kata kau tak baik, aku mesti jauh lagi tak baik dari kau.”

“Tak.. kau bukannya macam tu. Kau baik sangat..”

“Haa.. samalah dengan kau. Kalau kau anggap aku seorang yang baik, apatah lagi kau.. beribu-ribu kali kebaikan ada pada kau. Sebab kita saling melengkapi dan membina diri untuk menjadi seorang yang baik dan solehah. Bukan pada pandangan manusia je, tapi pandangan Allah tau sayang…”

SubhanAllah! Manisnya bicara. Tak susah mana pun kalau bercakap dengan adab membelai jiwa. Tapi beringat, jangan hanya merenyam penuh kelembutan pada ‘si dia’. Itu yang silapnya, melampaui batas syar’ie merosak hati. Ingatlah wahai diri, pedang yang paling tajam adalah kata-kata yang mampu menghunus atma sang pendengar. Sesungguhnya kata-kata yang suci itu lahir daripada hati dengan izin Ilahi.. Awasi bicaramu.. Khuatir kelak memakan diri! Na’uzubillah.. 

*p/s buat diri ini : Fahami perasaan orang lain, jangan pentingkan diri, tanam benih kesabaran dan baja dengan kemanisan dakwah. InsyaAllah, jika kita jaga hati orang lain nescaya Allah jaga hati kita laaaaagi hebat! Faham ye wahai roh yang mahu bangkit keimanannya? ^^,

3 comments:

  1. You Are the Best ! Sahabat :D Teruskan Usaha Bersama utk menjadi yg Terbaik .. Insya'Allah :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. SubhanAllah narak ni..huhu.. terharu kejap.. InsyaAllah, sama2 membina ketaatan menuju redhaNya.. :')

      Delete
    2. yg pasti narak the bestiest person ever! >__0

      Delete