Bismillahirrahmanirrahim.. Salam ‘alayk antum semua!
Alhamdulillah wa syukrillah fi kulli ni’mah wa barakah warahmah..
Alhamdulillah wa syukrillah fi kulli ni’mah wa barakah warahmah..
Hela nafas ini masih Allah pinjamkan untuk terus taat
menjadi hambaNya. Jari ini juga masih mampu menari di atas hamparan bisu. Alhamdulillah..
Entri kali ni bukanlah sebagai luahan rasa mahupun keluhan, tetapi mungkin
berbaur harapan. Iya. Harapan untuk mencuba jadi yang terbaik.
Lumrah manusia mempersoalkan ketidaksempurnaan orang lain
hingga terkadang tidak sedar kesilapan sendiri. Saban masa mahukan kesempurnaan
dimatanya walhal tidak sedar ucapan di bibir melampaui batas hakikat makhluk
itu Allah yang punya. Ketahuilah, Allah tidak memberikan kesempurnaan kepada
setiap insan ciptaanNya kerana disebaliknya terkandung pelbagai hikmah yang
jauh dari jangkauan akal kita.
Pernah tak mengalami situasi sebegini?
Di sekolah : “Kenapa korang asyik buat akak-akak ni tension?
Dah banyak kali cakap jangan masukkan gambar yang auratnya tak sempurna dalam
FB. Tak faham-faham ke?!” seorang kakak senior berang. Adik-adiknya hanya
menunduk bisu, tak berani nak angkat muka.
Di tempat kerja : “Kenapa awak selalu buat silap je ha? Awak
tak boleh ke jadi perfect sikit?! Nah ambik ni!” fail yang terkandung
helaian-helaian kertas bersaiz A4 melayang tepat mengenai wajah.
“Saya nak, awak tiru macam yang dia buat. Cubalah jadi macam
dia sikit. Pekerja contoh. Tak macam awak, kerja pun tak betul. Huh!”
Di rumah : “Kau ni kan masak pun tak tahu. Apehal sup ni
masin sangat? Kau nak bagi semua orang kena darah tinggi ke?” ujar Khalil
bernada keras.
“Alaa.. orang baru nak belajar memasak, memanglah ada yang
tak kena.” Jawabnya lirih.
“Habis tu, kenapa kakak kau masak sedap je? Kau yang tak
pandai masak.. Beza korang ni macam langit dengan bumi. Dia pandai, kau bebal.
Segala sudut tak betul.”
Dalam persahabatan : “Kita tak boleh berkawan lagi. Aku tak
suka orang sememeh dan kolot macam kau. Cuba kau up-to-date sikit. Kau tengok
group sana.. dahlah pandai, cantik pulak tu. Huh! Babai….”
MasyaAllah.. Acap kali manusia itu dibeza-bezakan, diterokai
silapnya tanpa belas dan bantuan. Perkara ini buatkan aku terngadah dan insaf
sendiri. Mungkinkah tingkah aku selalu macam tu? Tidak berlaku adil dengan
insan di sekeliling aku? Mungkin terutamanya di sekolah. Tingginya suara
mempertahankan hukum, tapi tak endah perasaan orang lain. Memanglah kita ni kakak,
pulak tu pegang tampuk kepimpinan tertinggi, mula dah nak naik tocang? Astarghfirullah..
Duhai diri.. belajarlah untuk menghargai dan menikmati kekurangan orang lain.
Mereka juga sedang mencuba untuk jadi yang terbaik.
Allah menciptakan kita berpasang-pasangan, untuk saling
melengkapi. Walaupun frasa tu biasanya digunakan untuk orang yang nak kahwin je
kononnya, tapi sebenarnya ayat tu umum. Sedar tak kita bila kita mempertikaikan
kesilapan dan kekurangan orang lain, sebenarnya kita mempertikaikan ciptaan
Allah? Sedar tak?!
Jadi, sama-salah kita belajar jadi yang terbaik untuk saling
memberi dan menerima. Kekurangan orang lain itu adalah aib, yang kita perlu
tutup dengan kelebihan kita untuk menjaganya. Begitu jugalah dengan diri kita.
Masakan semua orang itu lahir sempurna serba-serbi? Itu bukan tujuan kita
saling berhubungan dengan orang sekeliling kita.
Kalau kita ni sempurna sangat, tak payah nak harapkan orang
lain. Kita dah super power, tak ada kekurangan langsung, buat apa nak minta
tolong pada orang kan? Fuhh.. memang silap. Kerana penciptaan manusia itu
saling melengkapi dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Terutamanya
dalam kelompok jemaah, usrah mahupun dalam ukhuwah. Iya, belajarlah untuk jadi
yang terbaik dan menerima kekurangan orang lain sebagai tanda nikmat buat diri.
Mungkin kelemahannya adalah kelebihan kita dan kelebihannya adalah kekurangan kita.
Kan?
Ada orang yang pandai Math, tapi fail BM dan ada juga yang
petah berbicara tetapi lambat mengira. Dilengkapi pula dengan anugerah Ilahi,
sahabat yang cekap mengira tetapi pendiam orangnya dan sahabat yang hebat
berkarya tetapi Math segan-segan lulusnya. Nah. Disitulah terbuktinya kemanisan
berukhuwah, untuk saling melengkapi. Menegur diri tika salah, silap, leka dan
alpa. Orang yang nak berjaya, perlukan nasihat dan teguran yang membina.
Bukannya hinaan penuh nista.
Apa kata situasi tadi tukarkan menjadi sebegini?
Di sekolah : “Adik-adik semua, tolonglah agama Allah dengan
menutup aurat. Ikhlaskan hati tu, bukan buat semata-mata kerana orang lain.
Penghijrahan Ummu Qoys membuktikan bahawa Rasulullah sendiri mengakui jika
berhijrah bukan kerana Allah, khuatir kita kembali kepada kejahilan. Memang boleh
berhijrah kerana keduniaan, tapi niat takut salah. Jadi, berubahlah kerana
Allah. Sikit-sikit, jangan paksa diri tu. Jangan risau, Allah ada sayangku..”
Di tempat kerja : “Kerja awak bagus, awak ada usaha yang
tinggi. Cuma ada silap sikit dekat bahagian ni. Awak kena perbetulkan bagi lagi
molek dan comel. Alah, small matter je.. Awak boleh buat punya! Hihi..”
tersenyum sembari menghulurkan fail miliknya.
Di rumah : “Adik, sup ni sedap.. Sedap sangat! Tapi,
TERmasin sikit pulak rasanya.” Tutur Khalil dengan senyuman membina.
“Iya ke? Alaa.. macam nilah orang baru belajar. Kesian abang
kena makan sup masin.”
“Takde hallah.. kalau nak buat sup yang power, esok abang
ajar ye?” usulnya dengan sengihan.
“Betul ni? Yes! Alright bro, esok kita letupkan dapur.
Hehehe.” Sengih lebar.
Dalam persahabatan : “Maafkan aku sebab aku bukannya sahabat
yang baik..” ujarnya lirih.
“Eh. Kau merepek apa ni? taklah.. Kau sahabat aku till
jannah tau. Sahabat tu cerminan diri sahabatnya. Kalau kau kata kau tak baik,
aku mesti jauh lagi tak baik dari kau.”
“Tak.. kau bukannya macam tu. Kau baik sangat..”
“Haa.. samalah dengan kau. Kalau kau anggap aku seorang yang
baik, apatah lagi kau.. beribu-ribu kali kebaikan ada pada kau. Sebab kita
saling melengkapi dan membina diri untuk menjadi seorang yang baik dan solehah.
Bukan pada pandangan manusia je, tapi pandangan Allah tau sayang…”
SubhanAllah! Manisnya bicara. Tak susah mana pun kalau
bercakap dengan adab membelai jiwa. Tapi beringat, jangan hanya merenyam penuh
kelembutan pada ‘si dia’. Itu yang silapnya, melampaui batas syar’ie merosak
hati. Ingatlah wahai diri, pedang yang paling tajam adalah kata-kata yang mampu
menghunus atma sang pendengar. Sesungguhnya kata-kata yang suci itu lahir
daripada hati dengan izin Ilahi.. Awasi bicaramu.. Khuatir kelak memakan diri!
Na’uzubillah..
*p/s buat diri ini : Fahami perasaan orang lain, jangan
pentingkan diri, tanam benih kesabaran dan baja dengan kemanisan dakwah. InsyaAllah,
jika kita jaga hati orang lain nescaya Allah jaga hati kita laaaaagi hebat! Faham ye
wahai roh yang mahu bangkit keimanannya? ^^,
You Are the Best ! Sahabat :D Teruskan Usaha Bersama utk menjadi yg Terbaik .. Insya'Allah :')
ReplyDeleteSubhanAllah narak ni..huhu.. terharu kejap.. InsyaAllah, sama2 membina ketaatan menuju redhaNya.. :')
Deleteyg pasti narak the bestiest person ever! >__0
Delete