Carian

Apa yang ada?

Jan 7, 2013

Merinduimu, sahabat...


Disaat para pemuda memuja cinta ajnabi, aku disini memuja cinta persahabatan. Indahnya hanya Dia yang tahu. Aku mengenalinya sebagai seorang muslimah yang tinggi mujahadah. Hidupnya penuh dengan ketenangan. Santun dirinya mempesona. Tingkahnya mencuit hati para sahabat disisi.

Ketika ujian menyapa, masalah membebani, fikirannya diracuni, hatinya rapuh… dia mencariMu ya Allah. Air matanya tumpah bukan kerana kejahilan. Tetapi menginsafi diri yang alpa. Kekuatan dibina demi mencari redhaMu. Bangkitnya jiwa yang terluka memperjuangkan tingginya harga diri. Aku mengaguminya..

Kini.. Kau uji ketabahan kami dengan menghadapi perpisahan sementara. Terpisah dengan jarak. Juga perhubungan. Kau menjanjikan yang terbaik buat kami. Jarak ini mengajarku erti rindu. Jarak ini mengajarku erti sabar. Jarak ini mengajarku erti kekuatan. Jarak ini mengajarku membina ketenangan. SubhanAllah! hebatnya hikmahMu. Aku belajar banyak perkara dengan jarak ini.

Tetapi aku tahu.. Kau tak pernah memisahkan hati kami. Kami berkasih, merindui dan menyintai keranaMu. Setiap hari aku ‘menghubunginya’ melaluiMu. Tiada call  juga SMS. Tanpa chatting juga skype. Aku mensyukuri nikmat tautanMu ini. Seadanya. Aku dan dia berhubung melalui doa. Yang perantaranya adalah Allah. Diucap penuh ketenangan. Bersulam kata-kata cinta. Air mata rindu berderai membasahi pipi. Dan atmaku berbisik salam penuh sejahtera buat pemilik nama.

Saban waktu menanti balasan. Telefon bimbit dijeling. Komputer riba ditatap. Sabar menanti kiriman sahabat sejati. Tetapi.. aku lupa.. Dia juga pastinya membalas melaluiMu. Aku percaya.. tiba satu waktu nanti Kau pasti menemukan kami semula. Pada ketika itu mungkin juga dia berwajah baru. Dan aku juga. Tiada lagi gurauan zaman kanak-kanak kami yang melampaui malu diri. Tiada lagi tawa yang mampu menggegar dunia. Tiada lagi aksi kejar mengejar dipadang yang luas. Bahkan.. tiada lagi suara-suara lantang memarahi ajnabi yang cuba mendekati. Yang ada cuma tundukan malunya yang membenteng diri.

Ya Allah.. aku bersedia menanti detik itu. Jika Kau izinkan.. InsyaAllah..
Bertemu cinta ditaman syurga, pemilik ‘cahaya pemandangan hati’..
Peribadimu seindah nama, ukhti.. :’)

No comments:

Post a Comment