Carian

Apa yang ada?

Jan 2, 2013

Azam, Harapan atau Perlaksanaan ?


Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim.. 

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kepada Al-Khaliq, Sang Pencipta. Alhamdulillah, nikmat kesihatan, nafas dan kehidupan yang indah ini masih Dia pinjamkan buat diri. Sedar tak sedar, dah masuk tahun 2013 kan? hihi.. Rasa macam tak percaya je. Dah 'besar' rupanya aku ni.. ngee~

Tujuan aku buat entri baru ni, sekadar untuk mengingatkan diri. Kebiasaannya bila tiba tahun yang baru, macam-macam jenis azam dan keinginan yang semua orang nak lakukan dan penuhi. Tidak terkecuali juga diri ini. Tapi tu dulu laa.. Sekarang dah tak nak azam-azam bagai ni.

Ceh! jahatnyaaa.. hehe.. Bukan tu maksudnya. Yang aku maksudkan disini, aku cuba untuk mengubah diri daripada hidup dalam angan-angan. Sebelum ni, azam bagai nak rak.. tapi tak banyak yang dapat dipenuhi. Disebabkan tiada usaha diri. Jadi, sekarang ni tunggu apa lagi?

Haa.. inilah masanya untuk buktikan pada diri bahawa angan-angan dan harapan itu bukan mainan kosong lagi! Inilah masanya untuk laksanakan segala harapan, azam atau yang sewaktu dengannya yang aku pernah angankan dulu. Nak tahu tak apa yang aku harapkan? Tak adalah besar mana.. Cuma aku nakkan perubahan. Aku perlukan perubahan. Aku rindukan perubahan. :')

Semakin lama semakin mendalam rasa ini. Dari sehari ke sehari aku muhasabah diri, koreksi diri ini. Aku tanya pada diri aku, apa sumbangan yang telah kau lakukan untuk Islam? Cara apakah yang kau gunakan untuk menarik anak muda mendekati Allah? Apa pengorbanan yang kau dah buat demi memperjuangkan addin Allah?

Ya Allah! Hati ini seolah-oleh direntap bila perkara itu menari-nari difikiranku. Aku mahu mengangkat panji jihad, tapi persediaan dan kelengkapan untuk berperang masih tidak mencukupi. Aku perlukan makanan rohani. Aku perlukan senaman solat yang lebih untuk menguatkan jasmaniku. Aku perlukan halwa zikir dan alunan Al-Quran untuk menjadi penghiburku. Aku perlukan senjata doa yang cukup untuk menembak sasaran-sasaranku kelak. Aku perlukan panji keimanan yang kental sebagai pelindungku. Dan aku perlukan pakaian taqwa bagi menyempurnakan semua permintaan aku itu.

Terlalu banyak yang aku inginkan. Betul tak? Itu tandanya, aku perlu memperolehinya dahulu. Seadanya.. Kerana tanpa kelengkapan-kelengkapan perang itu semua, aku khuatir jika diri ini rebah sebelum mengangkat panji jihad. Aku tak mahu perkara itu terjadi! Aku perlu bangkit!

Jadi, yang aku mahukan itu bukan azam.. Kerana itu aku tidak perlukan azam. Aku mahu merealitikannya. Bukan sekadar harapan. InsyaAllah.. Kerana redha Allah itu melebihi segalanya. Amanah Allah itu harus ku pertanggungjawabkan. Bukan hanya berharap, berazam tanpa tindakan. Bantulah aku, Al-Khaliq.. Inni akhofullah! :')

No comments:

Post a Comment