Carian

Apa yang ada?

Feb 17, 2012

Hati Itu MilikMu

Kau yg menciptakan cinta..
Dan Kau jua yg menghampar bahagia..
Di ribaanMu terhimpun harapan..
Impian tulus setiap insan..

Kau yg mengutus duka..
Dan Engkaulah yg mengirimkan hampa..
Namun padaMu jua diadukan..
Merebahkan keresahan dan tangisan..

Aku tahu inilah kasihMu..
Aku tahu inilah cintaMu..
Dan ku tahu tiap yg terbaik untukku..
Tak semuanya yg ku mahu..

Di celah hangat nafas yg terhela..
Ada dingin saat menyeru namaMu..
Terarah segala ronta rasa..
Pada damainya dakapanMu..

Aku tahu inilah kasihMu..
Aku tahu inilah cintaMu..
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku..
Telah Kau titipkan kekuatan..
Oh Tuhan..

Aku tahu inilah kasihMu..
Aku tahu inilah cintaMu..
Dan ku tahu tiap yg terbaik untukku..
Tak semuanya yg ku mahu..

Di celah hangat nafas yg terhela..
Ada dingin saat menyeru namaMu..
Terarah segala ronta rasa..
Pada damainya dakapanMu..




___________________________________

Ya Allah..
Rapuh sungguh diri ini..
Lemah sungguh hati ini..
Mudah sungguh menitisnya manik jernih..

Teman..
Aku yg kau sangkakan kuat, sedang 'jatuh'..
Aku yg kau sangkakan tabah, sedang 'terluka'..
Aneh? Tak! Ini hakikatnya..

Saban hari diri ini mengalirkan air mata kerinduan,kelukaan..
Rindu yg tak terluah pada yg jauh,
Luka pada yg berada di tatapan mata..

Rabbi..
Berilah petunjukMu,
Dalam perjuangan 'menyentuh' hati-hati itu..
Diri ini tidak kuat menggalas ujianMu..

Bantulah aku dengan kehebatan cintaMu..
Bantulah aku dengan kehangatan pelukanMu..
Bantulah aku dengan bisikan rinduMu..
Bantulah aku dengan keikhlasan redhaMu..

Sesungguhnya hati-hati itu milik abadiMu..
Yg Kau tiupkan kasih sayang..
Yg Kau bentengkan imannya dengan al-haya'..
Yg Kau berikan nikmat hidayahMu..

Bantulah hambaMu yg lemah ini ya Rabb.. (T.T)

*Awak!kalau nak menipu saya, baca bismillah dulu.. Biar saya tak dapat rasa yg awak menipu saya.. Kalau nak buat baik dengan saya, senyum dulu.. Biar saya tak tau yg awak sebenarnya tak suka dengan kewujudan saya.. Kalau awak nak perli-perli saya, mintak izin dulu.. Biar saya tak perasan yg awak menyampah dengan saya.. Ya Allah, kadang-kadang kita dengar masalah orang, nampak remeh je.. Tapi yg merasa, sakitnya mencari kekuatan utk membina ketabahan.. Ya Allah, lembutkan hati dia agar berpaling semula ke jalanMu.. Aku menyayanginya, kerana baru terjalinnya ukhuwah ini..

No comments:

Post a Comment