![]() |
| Di Sebalik Senyuman, Ada Kedukaan?? |
Wahai Teman..
Adakah kau ingat kisah kita?
Yang penuh suka duka,tawa gembira,pahit perjuangan yg kita tempuhi..
Masihkah kau simpan memori itu di sudut hatimu?
Terkadang aku lupa...,
Kau punyai telinga yg setia mendengar..
Mata yg lembut merenung penuh rahsia..
Lidah yg berkata-kata penuh hikmah..
Tangan yg menyapu air mata..
Kaki yg berjalan seiringan..
Hati yg berkongsi rasa..
Aku lupa keistimewaan kau itu wahai teman..
Sahabat..
Walau sedalam mungkin aku menyimpan duka,
Kau hadir mengubat luka di hati..
Walau perit aku menahan air mata,
Kau tiba berkongsi rasa..
Walau payah aku berdiri dari tersungkur,
Kau hulur tangan penuh keikhlasan..
Walau pedih aku menerima fitnah duniawi,
Kau tampil membela kebenaran..
Setianya dirimu teman..
Hebatnya keikhlasan hati mu..
Luka di hatiku, kau balut dengan kasih sayangmu..
Air mata piluku, kau sapu penuh kelembutan..
Gelak tawaku, kau sambut dengan kerianganmu..
Kisah dukaku, tersimpan kemas di lipatan rahsiamu..
SubhanAllah! Tulusnya hatimu teman sejati..
Kini..
Kita ke arah yg berlainan, mengejar cita dunia dan akhirat..
Pedihnya perpisahan sementara ini..
Kau memendam duka, aku menyimpan hiba..
Agar kental di perjuangan ilmu..
Sungguh! Tak ku harap dan inginkan perpisahan ini tiba..
Meragut bahagia kejayaan yang kau rasai..
Sedangkan diriku, menyimpan rahsia luka di sanubari..
Menyambung duka ujian Ilahi..
Rapuh sungguh diri ini!
Tetapi ingatlah sahabat..
Ketahuilah..Bilamana Allah memisahkan kita,
Dia ingin kita bertemu cinta di 'sana' kelak..
Kerana ikatan di 'sana' nanti,
Adalah ikatan cinta suci keranaNya..InsyaAllah!
Usahlah kau ragu akan kesetianku..
Usahlah kau tangisi perpisahan ini..
Kerana diri ini masih perlukan kekuatan doa darimu..
Maafkan diri ini teman!
Pinjamkan aku kekuatanmu..
Kerana aku umpama pelayar keseorangan di sebuah pulau..
Terdampar di situ mencari arah..
Utara,Selatan,Timur dan Barat,
Laluan mana yang harus ku tuju?
Bantulah aku,agar bertemu arah yang benar..
Arah yang hanya bertemankan kedamaian cinta Al-Khaliq..
Adakah kau juga merasai perkara yang sama?
Jika 'iya' jawapanmu, aku hanya dapat meminjamkan hatiku..
Untuk menemani dirimu, menuju citamu.. Allahuakbar!
Aku tahu, perjuangan itu sepahit hempedu..
Kerana kejayaan semanis madu..
Disebabkan itu, diri ini menukar arah..
Rahsia sebenar, hati saja yang menyimpannya..
Anggap saja, aku bahagia disini.. =')

No comments:
Post a Comment