Carian

Apa yang ada?

Jan 5, 2014

Moga Dalam Jagaan Ilahi, Sahabatku..



Dah lama tak menjengah blog kesayangan mahupun mengupdate entry baru. Kini kembali untuk mengupas segala pengisian sepanjang waktu cuti sekolah ini. Cuti sekolah? Lupa diri pula dah habis SPM. Hee.. insyaAllah, semoga bermanfaat dan ada intipatinya.

Minggu lalu, aku dikejutkan dengan berita yang amat-amat pahit untuk dipercayai. Dah lama perkara itu dilontarkan jauh dari ingatan, hakikat itu jua cuba dilupakan. Selama dua tahun barangkali? Bukannya mahu melayan rasa mahupun menindakkan takdirNya, tetapi cuba menelan segala jeruk rasa. Ia memang tentang perpisahan, tetapi bukannya kematian. 

Dia muslimah seindah peribadi. Senyumnya membunuh luka dan jerih perit dalam perjuangan. Pegang erat tangannya umpuma tunjang keteguhan untuk terus berdiri. Iya, dia teman lillahi. Bukannya seorang pemuda juga pejuang agama yang aku damba. Kerana itu bukan dalam angan mahupun gapaianku. Aku tak perlukan yang fana sedang Allah berikan cinta ukhuwah yang tak terkenal erti untuk disyukuri oleh insan yang alpa. 

Detik waktu yang aku hitung dalam persahabatan kami, yang aku takuti untuk mendepani akhirnya tiba jua. Saat aku menerima pengkhabaran bahawa dia ‘meninggalkan’ku buat sementara waktu yang kesekian kalinya aku percaya bahawa rahsia Ilahi terkandung hikmah, tipu jika aku katakan tiada langsung rasa terkilan. Bahkan sangat-sangat menipu jika aku tegaskan tiada air mata yang menemani pengkhabaran itu. 

Yang menambahkan lagi kedukaan, dia tidak beritahu perkara itu direct pada aku. Ia hanya melalui seorang teman. Aku pujuk hati, mungkin dia ada alasannya, yang tidak mahu melihat aku meluahkan kesedihan yang dia sendiri tidak mahu mendepaninya. Ya Allah, benarkah? 

“Dia tak balik, mungkin terus dekat sana.. Aku yang kena cari dia bila tiba saatnya nanti. Allah akan bantu, insyaAllah..” aku pujuk hati dengan keyakinan bahawa akan ada pertemuan dalam aturanNya setiap kali rasa itu menjengah dan meracuni pemikiranku. Apakan daya, aku punyai hati juga perasaan yang tak diladeni dengan adil. Air mata degil mahu menuruni pipi. Esakan berombak halus tak tinggal diam. Hatiku luluh tak mahu bangkit. 

Mampukah aku menerima hakikat yang dia tidak melupakanku walau sudah berkali aku cuba menghubunginya. Sms mahupun chatting tidak berbalas. Call masakan berangkat jika telefon bimbit hilang dalam talian? Allah..

Dia tak nak bagitahu semua ni, mungkin kerana dia tak nak aku sedih dan tercari-cari. Mungkin juga tak nak aku jadi sebegini. Mungkin ada sebab lain yang aku tak tahu, tetapi Allah pastinya tahu. Segalanya mungkin dalam takdirNya kan? Tidak mengapalah duhai diri, senyum mampu membuang jauh segala kepahitan. Telan dan hadam segala hakikat, setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. 

Ini bukan soal teruji dalam ujian, tetapi kau hamba yang layak ditebak imannya wahai diri. Sudahkah dididik redha dan kepasrahan dalam usaha yang tiada kecukupan? Tinggalkan persoalan tu untuk dijawab dalam tindakan..

Doa buat dia sahabat yang mengisi ruang hati, moga tenang dalam jagaanNya. Sebuah pertemuan yang tidak diduga, menjalin tautan yang teristimewa. Jaga hatimu selalu, cahaya pemandangan hati. Percayakan yang janji Allah itu pasti, akan adanya hikmah juga nusrah disebalik semua ini. InsyaAllah, biidznillah! :)

No comments:

Post a Comment